Diari Terindah Farisya Natasha

Diari Terindah Farisya Natasha

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

HARAP MAKLUM...

Segala yang tercatat di sini, hasil karya yang saya luahkan di sini merupakan HAK CIPTA saya sendiri, Farisya Natasha. Harap tidak akan ada isu COPY & PASTE. Saya amat mengharapkan kerjasama anda. Terima kasih.

WATAK-WATAK dalam BLOG ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya TIDAK ada kena-mengena dengan yang HIDUP ataupun yang MATI.

Manakala sebahagian GAMBAR juga diperolehi dari sumber GOOGLE.

RESTRICTED!

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

My Lovely Followers

My 1st Novel

My 1st Novel

04 May 2011

CERPEN : JODOH DI ANTARA KITA


Aku terus menutup mata apabila melihat sebuah motorsikal yang begitu hampir dihadapanku datang mengejut masuk kelorong itu. Badan ku seperti ditarik kuat dan yang pasti mataku masih terpejam. Aku benar-benar takut. Bunyi brek kuat kedengaran. Aku mencelikkan mataku, ternyata ia masih gelap. Eh.. apesal ni? Tak kan la....
“ Awak ok ke?” Aku dikejutkan lagi dengan adanya suara lelaki yang begitu hampir dengan ku. Macam mana tak hampir, dah dia peluk aku. Patut la tak nampak, dah aku sembamkan muka aku kat dada dia.
“ Apa ni? Tak takut kena langgar ke? Dah la jalan tak tengok kiri kanan!” Marah budak lelaki yang bonceng motorsikal tu.
“ Minta maaf dik, dia tak sengaja kot. Kalau ada kerosakkan atau pun adik mengalami kecederaan, bagitau je abang. Abang bayar ganti ruginya” Aku benar-benar takut. Menggigil seluruh tubuh badan ku, mungkin di sebabkan itu, dia cuba untuk menolongku. Tanganku masih kuat memeluk pinggangnya.
“ Sa...saya.. minta ma.. maaf.. saya betul-betul tak sengaja” Alahai.. menitis pulak air mata ni. Aku menunduk-nundukkan kepalaku tanda memohon maaf. Aku sebenarnya gerun dengan apa yang terjadi ni. Disebabkan kecuaianku, boleh melayang nyawa salah seorang daripada kami. Nak ganti rugi apa lagi kalau dah nyawa takde.
“ Takpe la kak.. lain kali hati-hati.. ok la bang saya pergi dulu” Mungkin disebabkan dia tengok aku menangis ketakutan tu kut dia kesian kat aku.
“ Eh dik..motor tak apa-apa ke?” lelaki yang dihadapanku ini bertanya tapi tangan masih tak lepas dari memelukku.
“ Takpe la bang.. motor ngan saya-saya sekali selamat.. abang risaukan aje girlfriend abang tu.. mungkin dia terkejut. Abang bawa la dia ke klinik” budak tu dah berkira-kira nak jalan tapi ditegah oleh lelaki kat depan aku ni, dia melepaskan tangannya dari memelukku tapi aku yang berkeras tak nak lepaskan dia sebab aku takut sangat-sangat. Lelaki kat depan aku menghulurkan 2 keping not RM100 dan memberikan kepada budak lelaki tu.
“ Eh bang.. ape ni? Takpe arr bang”
“ Takpe. Mungkin dah rezeki adik. Terima kasih dik eh” aku kembali membenamkan mukaku kedada bidang lelaki itu setelah budak lelaki tadi beredar.
“ Awak ok tak ni? Kalau tak, saya hantar ke klinik?” aku mendongakkan kepala ku. Ya ampun! Ciptaan ALLAH ini betul-betul mengejutkanku. Dia seorang yang tampan, tinggi. Hatiku betul-betul mengaguminya. Nasib baik hensem, kalau tak, memang aku pejam mata memanjang la jawabnya. Dah aku yang terlebih peluk dia tadi. Tapi yang penting sekarang aku dah selamat, dia datang menyelamatkan aku. Aku sangat menghargainya.
“ Saya ok.. maaf” aku terus melepaskan tanganku dari memeluknya. Nanti dia fikir aku nak ambik kesempatan pulak. Aku melihat sekeliling, ada yang jeling-jeling tengok kitaorang, mungkin dia orang nampak apa yang terjadi tadi. Mustahil tak nampak, dah bunyi brek budak tadi tu membingitkan.
“ Terima kasih sangat-sangat. Maaf, salah saya tak tengok kiri kanan tadi” kepala aku dah berdenyut-denyut aku rasa. Biarla aku menundukkan diri. Malu untuk melihat dirinya.
“ Takpe. Belajar dari kesilapan. Next time hati-hati. So lepas ni nak pergi mana?”
“ Keta saya park kat Pavi sebenarnya, malas nak bawa keta ke sini, so jalan kaki je la” aku sebenarnya dari Fahrenheit, sebab tu aku jalan kaki aje sampai tak sedar motor datang mengejut, menonong aje aku jalan tak tengok sekeliling.
“ Sama la macam saya. Jom kita jalan sama-sama” aku tersenyum. Lelaki ni baik sangat. Nak kata aku dah berikan kepercayaanku kat lelaki ni tak la jugak tapi aku rasa macam selamat je dengan dia. Aku mengangguk setuju. Semasa kami melintas jalan nak menyeberangi jalan menuju ke Pavilion, kan dah ada traffic light tapi dia mengenggam erat tanganku. Persis pasangan kekasih. Tapi setakat itu ajelah. Kami berpisah dihadapan pintu masuk Pavilion. Sedih . Dia takde pun beri name card ke, nak bagitau nama pun takde. Hmmm.. bukan jodoh aku kut.

**********

“ Hah!! Kau nak aku kerja jadik pelayan banquet? Kau dah gila ke Reen? Untuk tengku family pulak tu” Apa tak terkejutnya aku, kerja yang tak pernah dibuat olehku. Nak layan kerenah orang pulak tu. Hei..boleh rimas aku nanti.
“ Mia.. kau tolong la aku ek? Kau aje kawan aku yang sejati. Aku dalam kesusahan ni Mia. Kau tak kesian kan adik aku ke? Dia nak sangat aku balik kampung, aku tau la kecederaan dia tak serius mana pun tapi aku betul-betul nak lawat dia.” Dah dah, dia dah buat muka dah..
“ Bukan aku tak kesian kat kau, aku kesian, lagi-lagi kat adik kau tu. Dah la accident, rindu kat kau pulak tu.. tapi aku tak pernah buat kerja ni. Nanti porak-peranda jadinya”
“ Manager aku boleh ajar kau esok then lusa boleh la kau kerja dengan baik. Aku tak nak manager aku kurang kepercayaannya kat aku. Dah lama aku kerja kat sini Mia, prestasi aku selama ni baik-baik belaka. Dia Cuma nak kan ada pengganti aku aje sebab sebahagian orang-orang kami pun kat branch lain. Kami tak cukup orang Mia.. kau nak aku kena buang kerja ke? Aku dah la tak sekolah tinggi macam kau, setakat SPM sapa yang nak guna pakai. Aku dah selesa kerja kat sini” Zureen menggengam erat tangan ku. Mata dia dah merah dah tu.
“ Kau kerja kat abah aku je la” aku cuba memujuknya.
“ Tak nak! Aku tak nak di terima kat syarikat abah kau hanya disebabkan kita berkawan baik. Aku tak nak! Aku dapat kerja ni, hasil titik peluh aku tau, aku mula dari bawah sampai la sekarang, aku dah jadi kepercayaan manager aku. Kalau kau tak nak, takpe la.. aku sedar sapa diri aku..”
“ Eh ape ni? OK OK.. I’ll do it. Sementara aku belum kerja ni jugak. Tapi untuk hujung minggu ni aje tau. Lain hari takde. Kau carik la orang lain.”
“ Thank you Mia.. love you so much! Aku akan pastikan yang aku tak kan cuti mengejut macam ni lagi” Hai.. senyum lebar cik Zureen kita ni, siap main peluk-peluk lagi.
“ Nah.. ini uniform yang perlu kau pakai. Kau guna aje aku punya, sebab badan kita kurang lebih je sama. Baju putih ni tak yah pakai lapis sebab dia dah tebal, tak transparent pun. Kau takyah risau eh” Hah.. ini kes dah yakin aku sanggup kerja ni, siap bawa baju kerja dia sekali.
“ Kau bila nak balik kampung?”
“ Lepas balik dari rumah kau ni la, aku terus je balik. Thanks again Mia. Kau la sahabat aku dunia akhirat”
“ Dah la.. aku tolong untuk orang yang dalam kesusahan aje tau.. lain kali kalau kau buat hal. Jaga kau. Hati-hati bawa keta tu.” Zureen memelukku erat. Kena prepare fizikal ngan mental ni sebelum hari yang tak ditunggu menjelma.

**********

Aku dihantar oleh abangku, Dani. Mula-mula abah dengan mama terjekut bila tahu yang anak diaorang nak kerja sebagai pelayan banquet, apatah lagi dengan kedua-dua abangku tapi setelah aku jelaskan apa yang berlaku, mereka dengan berbesar hati menyuruh aku. Hishh! Tak kesian langsung kat aku. Masa di lobby hotel tu aku mencari kelibat menager Zureen, hanya dia yang tahu aku yang akan menggantikan tempat Zureen. Pekerja lain memang tak tahu, aku pun tak kenal siapa-siapa kat sini.
“ Mummy...” Tiba-tiba ada budak kecil menarik lembut seluarku. Aku menundukkan badanku supaya selaras dengan budak kecil tu.
“ Hmmm..cutenyer.. where’s your mummy honey” budak kecil tu terus memelukku, macam nak suruh aku dukung aje. Dukung aje lah.
“ Mummy.. sleep..” eh.. mummy dia yang tidur atau dia yang nak tidur ni? Aku tengok budak ni dah lentok habis kat bahu aku.
“ Zarrish.. come here sayang” kedengaran suara dari belakang. Lelaki. Macam pernah dengar suara tu. Aku menoleh. Eh eh.. bukan lelaki yang tolong aku ni ke.
“ You?” Dia masih mengenaliku. Aku hanya tersenyum.
“ Buat apa kat sini?”
“ Kerja” jawabku pendek. Malu. Dah la pakai baju unifom, ketat pulak tu. Rimasnya aku.
“ Come Zarrish” lelaki itu cuba hendak mengambil Zarrish dari dukunganku. Tapi budak Zarrish ni tak nak, sampai dia tarik kolar baju aku.
CREKKKK...
Tiga butang baju aku terputus, berguguran kelantai. Aku dapat rasakan haba aircond sejuk menyapa kat dada aku. Aku tengok kedadaku.. Ya ALLAH! Baju dalam aku nampak dengan dadaku sekali menyerlah. Aku melihat lelaki yang kat depan aku ni, dah tentu dia tak tengok aku sebab dia tengok kat dada aku. Dia nampak terkejut. Aku terus menarik kolar bajuku dengan hanya menggunakan tangan kanan untuk menutup dadaku yang terdedah ni. Perasan dengan perbuatanku itu, dia terus melarikan anak matanya.
“ Zarrish! What are you doing?” marah lelaki itu. Lelaki itu masih hendak mengambil Zarrish dariku.
“ Takpe encik, biarlah saya dukung dulu. Dia nak tidur ni. Sekejap lagi terlelap la dia” lelaki itu mengangguk lalu membiarkan aku terus mendukung Zarrish. Datang lagi seorang lelaki, aku terus membelakangi mereka. Pada yang sama nak cover baju aku ni la. Kuat jugak tenaga budak kecik ni. Tengok macam baru setahun lebih je. Nasib baik tak koyak terus baju ni. Kalau koyak terus, aku rela pengsan dari berdepan dengan lelaki ni.
“ Eh Ku Ian.. kau tau tak si Ku Qis pun datang sini la.. dia kata nak jumpa kau. Datang meminang katanya. Gila apa? Pompuan datang meminang” kedengaran lelaki yang baru sampai itu ketawa.
“ Kau biar betul Ku Pian? Jangan nak main-main ngan aku”
“ Sumpah! Petang ni dia datang. Dia ikut tidur kat sini. Eh yang kat belakang tu sapa dengan Ku Zarrish tu?”
“ Pekerja” Oh.. rupanya mereka ni, tengku family yang aku nak kerja tu. Patut la guna Ku kat depan nama. Ingatkan betul la ada nama cookies rupanya Ku Qis. Haha. Kelakar betul.
“ Ok la.. aku masuk bilik jap. Kejap lagi nenda nak datang. Minah kau pun nak datang tu. Layan la dia eh.” Aku hanya mendengar lelaki yang nama Ku pian itu ketawa terbahak-bahak. Hai.. suka nampak. Dan ketawa itu semakin menghilang. Dah pergi kot.
“ Awak.. awak kena tolong saya” Eh apa ni? Tolong? Nak mintak tolong apa?
“ Tolong apa?”
“ Jadi girlfriend saya. Tolong la.. Saya memohon sangat. Saya tak nak minah kerek tu ganggu saya lagi” nak tolong ke tidak ni? Dia pernah tolong aku dulu, rasanya tak salah aku balas dengan pertolongan jugak.
“ Hmmm.. boleh.. tapi masa ni saya kerja. Lusa boleh la saya tolong awak”
“ Saya nak hari ni dan esok. I’ll talk to your manager. Awak pergilah siap-siap. Awak ada baju yang sesuai tak? Untuk family lunch?”
“ Ada.. mungkin sesuai la kut”
“ Ok.. thanks.. anyway first of all awak kena tau nama penuh saya, Tengku Adrian Muzaffar Tengku Idris Mahmood. Ok?”
“ Haah” aku mengangguk laju.. Huishh.. Nama panjangnya.
“ Then awak?”
“ Err.. Fieya Damia Faliquddin” Dia mengangguk-angukkan kepala lantas dia mengambil Zarrish yang sudah terlena dibahuku.
“ Pergi la bersiap. Saya akan bincang dengan manager awak. Tunggu saya kat sini nanti bila awak dah siap” Ini lagi satu kerja yang baru aku buat dalam seumur hidup aku. berlakon! Aku mengeluh dan terus pergi ke tempat persalinan baju.

Selang beberapa minit, aku dah siap ganti baju. Memang aku ada bawa bekal baju, tak kan nak pakai baju uniform ni memanjang. Hishh tak sanggup aku. Aku terus menanti dia di lobby. Rambut aku biarkan lepas, terserlah rambut aku yang ikal besar-besar tu.
“ Sayang lama tunggu?” Dah mula berlakon ke? Muka aku dah nak nampak blur dah ni. Tapi aku cuba untuk mengawalnya.
“ Takde lah” Aku melihat ada beberapa orang di hadapan aku kini termasuk Ku Ian. Ku Ian memeluk pinggangku erat. Aku apa lagi, badan pun mengeras la.
“ Ayahanda, bonda, nenda ini lah dia bakal permaisuri hati Ian. Fieya Damia. Sayang, ini lah sebahagian ahli keluarga abang” Ketiga-tiga manusia yang kat depan aku ni terkejut. Aku pun jalankan la misi bakal menantu pilihan. Aku menyalami mereka bertiga.
“ Syukur Alhamdulillah.. Nak menerima menantu kita bang. Patut la, bila nak dikenenkan dengan Ku Qis dia tak nak. Rupanya dah ada buah hati” Bonda Ku Ian menggenggam erat tanganku.
“ Terima kasih menerima anak bonda. Dah nak masuk 32 tahun baru dia berhasrat nak kawen. Terima kasih sayang. Selamat datang kekeluarga kami” Nenda juga menghampiri aku dan terus mencium kedua belah pipiku. Kenapa eh? Tak nak kahwin ke Ku Ian ni sampai keluarga dia terharu sangat ni? Hairan. Nak kata tua, takde la jugak. Baru je 32 tahun. Bukan 40 pun.
“ Ok lah.. jom kita lunch. Ian dah lapar dah ni” Hah.. Itulah yang sebaiknya. Aku pun dah lapar ni. Lagi sekali aku diperkenalkan kepada semua ahli keluarga Ku Ian. Ramai juga la yang ada masa ni. Masing-masing macam terkejut aje dengar pemberitahuan tu. Aku hanya tersenyum la. Dari pemerhatian ku ada seorang minah ni macam tak puas hati je, mungkin dia la yang nama Ku Qis ni kot. Hmmm cantik la jugak tapi macam gedik je aku tengok. Dalam masa makan tu sempat la jugak Ku Idris,ayahanda Ku Ian bertanyakan tentang aku dan keluarga. Jadi aku jawab yang betul je la.
“ Abah saya kerja peguam, mama pulak doktor tapi dah bersara. Jadi doktor kat rumah je la rawat anak-anak dengan suami” Ku Idris tergelak? Aku citer serius dia boleh gelak.
“ Mia ni anak ke berapa?” tanya nenda pula.
“ Bongsu. Saya ada dua orang abang, kembar”
“ Kembar? Kerja apa?” tanya lelaki yang duduk siring nenda. Tak ingat aku nama dia.
“ Dua-dua peguam jugak”
“ Jadinya semua keluarga Mia ni peguam la ye kecuali mama Mia. Siapa nama sebenar abah Mia?” Ku Idris bertanya lagi. Ku Ian memang tak cakap apa-apa, tukang dengar aje apa yang aku kata.
“ Faliquddin bin Farouq”
“ Dato Faliquddin ke? Salah seorang dari peguam Negara?” aku hanya mengangguk. Ku Ian terus menoleh kearahku. Dia tak sangka kot aku ni anak Dato. Aku beredar untuk mengambil pencuci mulut. Dalam masa aku memilih apa pencuci mulut tu, tiba-tiba ada orang peluk aku dari belakang. Dia . Hishh dia ni selalu nak kejutkan aku aje.
“ Kenapa nak kerja kat sini sedangkan awak tu anak Dato?” aku cuba menjarakkan kedudukan kami tapi tak boleh, dah dia peluk aku erat. Keluarga dia tak kisah ke dia peluk-peluk ni? Belum apa-apa dah main peluk-peluk.
“ Tapi tak salah kan kalau kerja kat sini? Saya tolong kawan saya, dia cuti emergency dan takde orang yang dapat ganti tempat dia”
“ ohh.. can you give that strawberry” aku berikan dia sebakul strawberry tu tapi dia menggeleng dan membuka mulut. Ohh nak aku suapkan ke? Bagi tau la awal-awal. Aku memasukkan sebiji strawberry kat mulut dia. Dan sepantas itu dia menggengam jari-jemariku dan terus mengkucup lembut. Kalau la benar apa yang berlaku ni, dan kami sama-sama cinta mencintai, memang terus aku peluk dia. Tapi masalahnya ini hanyalah lakonan semata-mata.
“ Amboi.. terlebihnya. Belum apa-apa dah ada drama asmaradana kat sini. Malu la sikit kat orang sekeliling. Lagipun kenapa Ku Ian tak pilih dari keturunan kita? Setakat anak Dato, bila-bila masa boleh bankrupt” perempuan gedik tu dah jeling-jeling aku. Kalau takde family Ku Ian, memang aku nak lunyai muka dia ngan penyapu. Hishh meluat aku tengok.
“ Watch your mouth Ku Qis! Jangan sampai aku dedah apa yang kau buat kat London tu. Lagi pun kau peduli apa? Aku nak buat apa ke, itu hak aku. Lagipun dia bakal jadik bini aku. So kau jangan nak menyibuk. Aku hairan, kenapa parents kau nak sangat aku kawen ngan engkau eh, sedangkan kau dah takde apa-apa yang nak di banggakan. Mungkin parents kau nak aku tutup segala kesalahan kau kut.. yelah, kita kan sedara kononnya. Tapi yang penting aku tak akan jadi pak sanggup” apa maksud kata-kata Ku Ian tu? Tak kan la..
“ You? Sampai hati Ku Ian..”
“ Jadi jangan nak hina bakal bini aku. Kalau tak.. aku tak kan teragak-agak untuk bongkarkan rahsia kau kat nenda. Tolong la Ku Qis, hentikan la. Jangan jadik macam parents you” aku tengok Ku Qis tu dah mengalirkan air mata.
“ I akan cuba. Maaf kan I” Ku Qis terus beredar. Ku Ian juga meninggalkanku. Bukan mengekori Ku Qis, tapi menuju kemeja makan. Aku betul-betul tak faham perangai Ku Ian ni. Pening aku macam ni. Keesokkan harinya rutinku adalah sentiasa disisinya. Cara dia layan aku macam dia ni ada perasaan kat aku tapi kekadang buat endah tak endah aje dia. Kalau dilihat dari mata kasar memang kami kelihatan seperti pasangan yang hangat bercinta tapi sehingga aku balik, dia langsung tak berikan aku nombor telefon dia, name card pun tak kasi. Cuma pelukan aje yang dia kasi kat aku sebelum aku balik dan sebelum abang aku datang ambik la, kalau abang aku nampak yang dia peluk aku, memang nahas Ku Ian tu dibelasah oleh kedua-dua abang aku.
Sebulan, dua bulan, tiga bulan dan akhirnya aku putus asa. Sepanjang masa itu aku tidak nampak mahupun terserempak dengan Ku Ian. Aku ingatkan kalau dah menyamar jadik girlfriend dia ni ada hikmah, yelah kan dalam novel selalu aje bertembung, kalau tak masing-masing jatuh cinta. Tapi hanya aku yang jatuh cinta kat dia. Mengharapkan ada lagi perjumpaan diantara kami tapi memang takde. Dah sebulan lebih aku kerja kat firma abah, masih jugak aku tak jumpa lelaki yang setanding dengan Ku Ian. Inilah namanya cinta yang tidak kesampaian. Sedihnya aku.
**********
Aku baru saja lepas menghantar kawan aku yang nak sambung belajar Ph.D tu. Aku tak sanggup la nak belajar lagi, kepala ni dah beku. Cukup la setakat master aje. Aku melihat memang ramai orang kat KLIA ni, ada yang melancong, ada jugak yang nak sambung belajar macam kawan aku tu. Seronok kalau masa stress ni aku melancong kan? Takde lah aku terfikirkan Ku Ian tu. Kut-kut masa melancong tu aku ada jumpa lelaki yang sesuai dengan aku. Eh aku ni macam kemaruk sangat nak kahwin ni kenapa? Tapi memang betul pun aku dah sedia nak kahwin, umur pun dah nak lanjut jugak ni. Kawan aku yang umur 26 tahun dah ada anak 3, aku? Anak seorang pun takde apatah lagi suami. Mana nak cekau semua tu. Dalam masa aku berkira-kira nak keluar, tiba-tiba badan aku ditarik dan kemudian dipeluk. Terkejut beruk aku. Tersekat nafas aku ni, dah la dia peluk erat sangat.
“ I’m sorry sayang.. I know that was my fault. I left you without telling anything about me, my phone number or even my name card. I really miss you. I really love you. Please don’t go away from me” Eh mamat saleh mana yang peluk aku ni? Aku takde pun kawan mat saleh kat sini, lain la kat Sydney. Aku menjarakkan badanku cuba melihat siapa gerangan yang peluk aku ni. Aku terkaku. Ku Ian? Bergenang air mataku. Aku betul-betul rindukan dia. Tapi adakah ini satu lakonan jugak? Aku melihat orang dibelakangnya. Ayahanda dan bonda Ku Ian! Yakin lah aku ini hanya satu lakonan saja.
“ Where have you been?” Dia pakai baju pilot? Eh dia pilot ke?
“ Errr....”
“ Sayang ni bukan lakonan lagi. Please say that you love me too” aku mengerutkan dahi. Bukan lakonan? Ertinya dia pun mencintai aku? Hanya beberapa pertembungan di antara kami, dia juga merasa apa yang aku rasa?
“ Errr..” aku kelu sebenarnya. Tak tau nak kata apa dah.
“ Saya tau... Saya bodoh masa tu. Lepas awak balik tu baru saya rasa macam kehilangan. Saya menyesal tak melanjutkan lagi perjumpaan kita. Habis macam tu aje. Saya cuba untuk cari your manager but dia dah pindah ke tempat lain. Nak cari kawan awak tu, saya tak kenal pulak muka dia macam mana.” Akhirnya menitis air mataku. Dia menyeka.
“ Please don’t leave me again. And I promise you that I will never leave you kecuali mati sayang” Dia memelukku erat dan aku terasa ada yang menggosok lembut belakangku. Aku menoleh, rupanya bonda Ku Ian lalu dia juga memelukku.
“ Inilah namanya jodoh kamu berdua sayang” Bonda Ku Ian berkata.
“ Ye sayang, inilah jodoh di antara kita” Ku Ian menyampuk.

Aku rasa sangat bahagia, sebulan selepas perjumpaan kami, kami terus bersetuju untuk bernikah. Mungkin bagi orang, perjalanan kami untuk mengenali hati budi masing-masing terlalu singkat. Tapi bagi aku dan dia, ianya adalah satu anugerah yang sangat teristimewa. Biarlah kami bercinta selepas nikah, itulah yang sebaiknya. Enam bulan berlalu, aku disahkan mengandung. Berita itu benar-benar menggembirakan keluargaku dan juga keluarga mertua. Apatah lagi suamiku yang tersayang. Aku mensyukuri kebahagian ini, selagi nyawa dibadan aku akan cuba untuk mempertahankan rumah tanggaku. Salah faham tu adalah lumrah berumah tangga, dan aku akan pastikan yang aku akan mengendalikannya dengan cara yang baik. Doakanlah kebahagiaan kami.

10 comments:

  1. hm,,mcm cepat sangat je cerita cinta dia orang ni...tapi sweet la!! lagi2 part 'mat salleh' tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Cerita dia best sangat :]
    Tapi ada satu yg kureng sikit,kalau bole jgnlah buat adegan peluk2 before kahwin ..Macam tk sopan gitu ..
    Tapi overall cerita ini sangat memuaskan ! <3
    Thumbs up author ! ^^

    ReplyDelete
  3. Shazaeira : terima kasih sbb sudi bca dan komen. Ini adalah merupakan cerpen pertama saya. Memang bnyk kritikan yg dtrima. Saya menerima dgn senang hati sbb saya tahu kesilapan yg saya buat. Sebab tu saya dh tak buat mcm tu pada cerpen2 yg lain. Jika ada pun, pasti akn mbri pengajaran diakhir cerita. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
  4. Best . So sweet cite ni . Thumbs up !

    ReplyDelete
  5. cerita memusakan .. best lah ! tpi, yg bab pluk2 tu mcm kurang ssuai .. sbb xmanis kan .. tp, serius idea mmg best .. :D

    ReplyDelete
  6. wah! suka, suka dan suka !! hehe best betul cerpen ni . inilah namanya jodoh ;D

    ReplyDelete
  7. dah jodoh, walaupun lari jauh berbatu batu pun akan b'jumpa juga akhirnya.
    like3

    ReplyDelete
  8. best sungguh la cite ni,
    setiap karya FN mmg klass....

    ni kalu di pjg kn sikit kn lg best..
    buat ala2 konon tetiba terjumpa d mana2,
    n then this girl buat2 x kenal, jual mahal ckit....
    that boy chase after her....berlaku lah adegan yg manis bergula....walllah....how sweet....
    hihihi.....akak suka dek non.....

    walau apa pn..... U mmg superb.....

    ReplyDelete
  9. wahhh,, blog kaq sya dh berubah. hehe. nicenice.. Short but ssssweeet story :)

    kDija

    ReplyDelete

 

Diari Terindah Farisya Natasha Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template