Diari Terindah Farisya Natasha

Diari Terindah Farisya Natasha

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

HARAP MAKLUM...

Segala yang tercatat di sini, hasil karya yang saya luahkan di sini merupakan HAK CIPTA saya sendiri, Farisya Natasha. Harap tidak akan ada isu COPY & PASTE. Saya amat mengharapkan kerjasama anda. Terima kasih.

WATAK-WATAK dalam BLOG ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya TIDAK ada kena-mengena dengan yang HIDUP ataupun yang MATI.

Manakala sebahagian GAMBAR juga diperolehi dari sumber GOOGLE.

RESTRICTED!

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

My Lovely Followers

My 1st Novel

My 1st Novel

02 June 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 15, 16

PENGUMUMAN!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Di sini saya ingin memberitahu bahawa, saya akan bercuti dari menulis selama 3 minggu disebabkan saya nak exam dan ingin bercuti ke suatu tempat. Saya risau saja, kut anda semua tercari-cari (Ada ke orang nak cari saya? kekekeke) Jadi di sini, saya post dua bab PDH, sebagai pengubat rindu. Terima kasih kerana masih sudi membaca PDH saya yang tak seberapa ini.

Salam Sayang Dari Saya, Farisya Natasha :) Saya Sayang Anda Semua.




BAB 15

“ Macam mana dengan mak bapak abang? Mereka dah sampai?” Baru Qisya Zulaikha teringat tentang ibu dan ayah Nuh Qays.

“ Zulaikha kena panggil mereka ibu dan ayah. Mereka bukan saja mak bapak saya tapi mak bapak awak juga. Hmm.. Mereka dah sampai, yang tadi pagi call tu, ayah la tu. Ibu tanya keadaan saya, mungkin firasat dia kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang terjadi pada saya,” ujar Nuh Qays. Suara ibunya tadi benar-benar kedengaran amat risau akan dirinya.

“ Jadi apa yang abang beritahu ibu?”

“ Saya suruh dia jangan risau, tak ada apa yang berlaku. Rasa bersalah memang ada pada ibu dan ayah saya, saya tak pernah menyembunyikan sesuatu yang penting dari mereka.”

Qisya Zulaikha juga turut rasa bersalah. Dia memandang Nuh Qays. “ Kalau abang rasa abang nak bagitahu mereka, abang bagitahulah daripada abang rasa tak senang hati.”

Nuh Qays menggeleng, tidak bersetuju dengan cadangan Qisya Zulaikha itu. Jika ibu dan ayahnya tidak mengerjakan umrah, mungkin dia akan memberitahu terus pada orang tuanya. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya rasa terganggu disebabkan perkhabaran mengejut ini.

“ Tak Zulaikha. Biarlah tunggu mereka balik. Saya pasti akan beritahu mereka. Saya harap ketika itu awak dah bersedia menghadapinya.”

Qisya Zulaikha terdiam, bersediakah dia untuk hari itu? Harap-harap, ya.

“ Err.. Macam mana dengan kereta saya? Saya letak dekat parking space tu tapi kalau Kak Rina nampak macam mana?” tanya Qisya Zulaikha. Dia baru sedar dengan keretanya yang parkir di tempat letak kereta. Dia takut jika Qairina nampak, sedangkan wanita itu sudah tahu nombor plat keretanya.

“ Don’t worry, dia perempuan yang tak suka parking jauh-jauh. Kalau dia datang, dia akan parking depan lobby. Security dah kenal dia, entahlah dia buat kondo tu macam dia yang punya,” jawab Nuh Qays. Mata masih menghala ke jalan raya.

“ Tapi macam mana kalau dia datang secara mengejut?”

“ Awak ada saya. Saya akan lindungi awak dari dia.”

“ Tapi..,”

“ Zulaikha... Dia juga manusia biasa, jangan pernah takut jika awak yakin awak tak bersalah dalam hal ini.” 
Cepat saja Nuh Qays memotong kata-kata Qisya Zulaikha itu.

“ Memang saya tak bersalah tapi cara Kak Rina layan saya macam saya ni orang yang benar-benar bersalah dalam hal ni. Dia cepat naik tangan, itu yang saya tak suka.”

“ Saya tak akan  biarkan dia naik tangan lagi lepas ni. Kalau dia datang jumpa awak, cepat inform saya.”

“ Dulu abang cuma tengok saja bila Kak Rina marah dekat saya,” jawab Qisya Zulaikha dengan nada perlahan. Tidak mengharapkan untuk Nuh Qays mendengar. Matanya menghala pemandangan bagunan yang berderet itu.

“ Ikha...,” panggil Nuh Qays lalu mencapai jari-jemari Qisya Zulaikha.

“ Saya cu..,”

“ Ya, saya tahu. Dia kembar abang kan, sebab abang tak nak antara abang dengan dia, ada pergaduhan.” Kali ini, Qisya Zulaikha pula yang memotong kata-kata Nuh Qays. Ahh..! Kenapa tiba-tiba saja aku jadi macam ni? Mengadu pada Nuh Qays seperti minta simpati dari lelaki itu? Adakah disebabkan dia kini bergelar suamiku? Pertanya demi pertanya bermain di fikiran Qisya Zulaikha. Kesal pula, tiba-tiba saja dia seperti mengada-ada.

“ Tangan ni sepatutnya dekat sini. Saya tahulah abang dah lama pegang kereta dan kereta ni jenis auto, itu tak bermakna abang cuma perlu pegang stereng dengan sebelah tangan saja.” Tangan kiri Nuh Qays yang memegang jari-jemarinya dikalihkan ke stereng kereta semula.

Nuh Qays menoleh sekilas, dia pula yang kelu berkata-kata bila Qisya Zulaikha berbicara sebegitu.

“ Abang jumpa orang Alam Jaya dekat mana?”

“ Shangri La. Zulaikha temankan saya lah terus,” cadang Nuh Qays.

“ Abang nak orang lain tahu ke tentang kita sebelum waktunya? Biarlah saya tunggu dalam kereta saja.” 
Qisya Zulaikha tidak bersetuju dengan cadangan Nuh Qays itu. Pasti pihak Alam Jaya akan bertanya siapa dia dan jika hal ini diketahui sampai ke ofis, rahsia mereka pasti akan terbongkar sebelum waktunya.

“ Nanti lama pula saya discuss dengan mereka. Awak nak saya booking bilik untuk awak berehat di sana?”

“ Saya tak nak!” jawab Qisya Zulaikha pantas. Tinggal dalam bilik hotel? Rasanya itu lebih menakutkan. Nanti lain pula jadinya walaupun sekarang ini dia tidur sebilik dengan Nuh Qays. Rumah dan hotel adalah dua tempat yang berbeza!

“ Saya tak nak awak letih pula nanti bila terpaksa tunggu saya dalam kereta. Lagipun, aircond kereta ni tak sihat untuk kesihatan sebenarnya bila berada lama-lama dalam kereta. What if kalau saya hantar awak ke Alamanda? Nak pergi sana?”

“ Nak!” Dalam fikiran Qisya Zulaikha cuma satu iaitu membeli-belah! Sudah lama juga dia tidak melaburkan duitnya untuk membeli barang keperluan.

“ Hai... Bila sebut Alamanda, happy semacam saja. Bila saya sebut bilik hotel, tak nak pula.”

“ Err.. perjumpaan tu pukul berapa ya?” cepat saja Qisya Zulaikha menukar topik perbualan mereka. Tidak mahu Nuh Qays bercakap yang meleret-leret pula.

“ Pukul sepuluh setengah. Sekarang masih pukul sembilan.”

Nuh Qays sudah memberhentikan keretanya di tempat letak kereta di Alamanda Shopping Centre.

“ Okeylah, saya keluar dulu.” Qisya Zulaikha berkira-kira mahu membuka pintu kereta tapi ditegah oleh Nuh Qays.

“ Sekejaplah. Kita borak-borak dulu.”

“ Nanti abang lambat pula.”

“ Tak jauh mana pun.”

Akhirnya Qisya Zulaikha hanya mengangguk bersetuju. Dia menyandarkan badannya, walaupun hati mula tidak tenteram dengan situasi ini.

“ Zulaikha... Adakah awak masih ragu-ragu untuk menerima saya dengan sepenuhnya?” Pertanyaan yang tidak di sangka itu membuatkan Qisya Zulaikha terpaku. Sudah tentu dia merasa ragu-ragu, mereka bukannya rapat selama ini. Hanya kerana adanya perasaan suka, itu tidak bermakna dia tidak meragui Nuh Qays.

“ Selama ni.. kita tak pernah rapat. Bertegur bila ada urusan kerja saja. Saya tak tahu nak tafsirkan macam mana. Sudah pasti keraguan itu ada kerana kita tak pernah berkongsi kepercayaan bersama. Berikan saya masa abang... Saya tahu, abang juga merasakan yang sama.”

“ Kita sudah menempuh alam berumah tangga, jadi saya harap keraguan itu akan hilang dalam diri kita, tak banyak, sikit pun jadilah. Saya tahu ianya tidak mudah tapi jika awak percayakan saya dan sudah pasti saya akan percayakan awak juga.”

Sekali lagi, jari-jemari Qisya Zulaikha dicapai. Nuh Qays mengusap lembut cincin yang tersarung di jari Qisya Zulaikha itu.

“ Berikan semula cincin ni dekat Mak Su. Sebab lepas meeting nanti, kita singgah beli cincin. Saya nak awak pakai cincin yang saya berikan, khas untuk awak.”

“ Tak payah terburu-buru. Saya tak adalah minat sangat dengan barang kemas ni. Yang ada cuma jam tangan. Saya jenis yang tak suka pakai barang kemas.”

Qisya Zulaikha hanya membiarkan jari-jemarinya dibelai Nuh Qays. Mungkin itulah cara suaminya cuba mengeratkan hubungan mereka.

“ Lepas ni, saya nak awak pakai cincin yang akan saya belikan nanti. Tak boleh tanggal kecuali berwudhu. Biar orang tahu yang awak dah berpunya.”

“ Ya, InsyaAllah.. Abang pergilah meeting. Dah nak pukul sepuluh dah. Tak sedar-sedar pula kita ni ya. Tak mahulah pihak Alam Jaya pula yang perlu tunggu kedatangan abang, sedangkan kita yang berhajat dengan mereka.”

Nuh Qays tersenyum nipis, Qisya Zulaikha sudah mula membebel memberikan nasihat. Ah..! Itu tidak mengapa, lagi dia suka. Itu bermakna Qisya Zulaikha sudi bercakap dengannya.

“ Ya lah. Saya jalan dulu. Take care. And take this too.” Nuh Qays mengeluarkan beberapa not RM100 kepada Qisya Zulaikha.

“ Tak apa abang. Saya ada duit.”

“ Zulaikha tanggungan saya. Duit saya, duit awak juga. Saya akan marah kalau awak tak ambil duit ni. Beli keperluan awak. Kalau tak cukup, bagitahu saya.”

Qisya Zulaikha mengeluh, dengan perlahan dia mengambil duit yang dihulurkan Nuh Qays itu. Dia belum biasa dengan semua ini!

Sebaik saja duit bertukar tangan, Nuh Qays menarik lembut kepala Qisya Zulaikha dan mencium dahi isterinya itu. Lama.

“ Take care. Saya sayang awak,” ujar Nuh Qays.

Qisya Zulaikha tersenyum nipis lalu berkata, “ terima kasih. Satu percubaan yang baik.”

Qisya Zulaikha juga mencium tangan Nuh Qays sebelum dia keluar dari Audi A4 biru itu.

Nuh Qays hanya mampu memandang kelibat Qisya Zulaikha yang semakin menghilang itu. Ini bukan percubaan Zulaikha, inilah perasaan saya yang sebenar, bisik hati Nuh Qays.

*****

“ Ikha mana, Mak Su?” tanya Afiah. Hairan bila dia tidak nampak kelibat Qisya Zulaikha. Hanya Mak Su saja yang bersarapan pagi ini.

“ Aik? Sejak bila tanya tentang Ikha ni? Kan dulu Fiah yang nak sangat Ikha keluar dari rumah ni, so.. Dah tiba kut masanya.” Walaupun suara Mak Su kedengaran lembut tapi Afiah tetap rasa tersindir.

“ Baguslah kalau macam tu. Fiah bukan apa, kut dia dah belajar nak merayau pula. Mana tahukan... Mak Su saja yang selalu bela dia.” Geram Afiah dengan Mak Su ini, selalu saja nak menangkan Qisya Zulaikha.

“ Bukan nak bela, dah memang nampak dia tak salah. Orang yang tak sedar akan kesalahan diri sendiri saja yang suka hati nak menunding jari dekat Ikha tu.” Mak Su menyambung suapannya kembali. Dia sedar, kata-kata pasti mengundang kemarahan Afiah.

“ Mak Su memang! Pilih kasih! Bila dia tak ada, tak pula Mak Su sibuk nak cari dia. Entah-entah tidur dekat rumah jantan! Buang karan saja bertudung kalau perangai entah apa-apa.”

“ Itulah kamu. Selalu saja cakap yang bukan-bukan. Kamu kena sedar Fiah, kamu yang selalu keluar malam. Jangan sibuk dengan hal orang lain kalau kamu sendiri pun tak betul.”

Afiah menghempaskan sudu, rasanya seleranya sudah mati untuk bersarapan pagi ini. Mencerlung mata Afiah memandang Mak Su.

“ Selagi Fiah tak sibuk dengan urusan Mak Su, jadi jangan sibuk dengan urusan Fiah! Tentang Ikha tu, dia nak mampus sekalipun, Fiah tak kisah!” Terus Afiah masuk ke bilik tidurnya. Geram sangat dengan kata-kata Mak Su itu. Dia tahu Mak Su bukan jenis yang suka membebel tidak tentu pasal tapi bila wanita pertengahan 40-an itu menyindir, pasti pedas juga telinganya mendengar.

Tergeleng-geleng Mak Su dengan sikap Afiah itu. Nasib baik Afiah ini anak saudaranya, sudah menjadi satu amanah padanya untuk menjaga Afiah dan Qisya Zulaikha tapi dengan perangai Afiah yang selalu saja berkurang ajar dengannya dan juga Qisya Zulaikha, rasanya tidak seharusnya dia berdiam diri. Dulu, sebelum kedua-dua abang dan kakak iparnya pergi buat selama-lamanya, perangai Afiah tidak teruk sebegini. Ah..! Manusia, cepat saja berubah.

*****

“ Cantik?” tanya Nuh Qays. Matanya memandang cincin baru yang tersarung di jari manis Qisya Zulaikha itu. Bibir mengukir senyuman seraya mata memandang jalan raya yang mulai sesak. Kini mereka hendak pulang ke kondominiumnya.

Sebenarnya mereka baru saja membeli cincin perkahwinan di Habib Jewels. Sebaik saja habis perjumpaan dengan pihak Alam Jaya, Nuh Qays bergegas ke Alamanda Shopping Centre. Dia juga sudah menghubungi Tuan Haji Yusuf memberitahu bahawa dokumen itu sudah beralih tangan pada pihak Alam Jaya. Afiah juga turut dihubungi untuk memberitahu bahawa dia meminta cuti sehari agar masa dia bersama Qisya Zulaikha tidak terganggu dek hal kerja.

“ Cantik memang cantik cuma mahal lah. Saya pilih yang tadi tu pun dah cukup elok abang.”
Cincin bertakhtakan berlian itu sangat cantik di jari Qisya Zulaikha.

“ Kita kahwin cuma sekali dalam seumur hidup Zulaikha. InsyaAllah, semoga Allah memberkati dan memanjangkan usia perkahwinan kita sehingga akhir hayat. Sebab tu saya nak sesuatu yang different bukan macam apa yang awak pilih tadi.”

Dalam sungguh kata-kata Nuh Qays itu. Qisya Zulaikha hanya mampu berdoa dalam hati agar perkahwinan mereka ini berkekalan. Memang benar, tadi dia ingin memilih cincin belah rotan saja sebagai cincin perkahwinan mereka tapi Nuh Qays menegah. Lelaki itu sendiri yang memilih cincin yang kini sudah tersarung di jari manisnya.

Nuh Qays juga membeli cincin platinum untuk dirinya sendiri. Mulanya Qisya Zulaikha mahu membayar cincin tersebut, tapi sekali lagi dia menegah. Bukan dia tidak sudi cuma dia tidak mahu membebankan isterinya itu. Ketika di Alamanda itu, hubungan Nuh Qays dan Qisya Zulaikha kelihatan amat rapat sekali. Jalan berpegangan tangan seperti pasangan suami isteri yang kahwin atas dasar cinta. Jika diselami hati masing-masing, memang rasa suka dan cinta itu ada tapi masih tersimpan rapi di dalam hati.

Telefon bimbit Nuh Qays berbunyi, memecahkan kesunyian.

“ Tolong ambilkan earpiece saya dekat dalam tu dan pasangkan terus ke telinga saya ya.” Pinta Nuh Qays, dia suka memberi arahan pada Qisya Zulaikha kerana wanita itu akan sentiasa menuruti apa yang diarahkan. Rasa dirinya dekat dengan wanita itu.

Mata Qisya Zulaikha sudah terpandang nama pemanggil itu. Dia mengetap bibirnya.

“ Hello,” sapa Nuh Qays sebelum memberi salam.

“ Walaikumsalam. Nuh kau dekat mana ni? Aku datang ke ofis kau tadi, mereka kata kau minta cuti.”

Nuh Qays menjeling sekilas pada Qisya Zulaikha. Dia memegang stereng dengan kuat cuba melawan perasaan cemburu yang datang menjalar dalam dirinya. Dia tahu niat Izdiyad datang ke pejabatnya, lelaki itu bukan mahu sangat berjumpa dengannya. Pasti ada sesuatu yang dihajati oleh Izdiyad.

“ Emm.. Memang aku cuti. Kenapa?”

“ Zulaikha juga cuti hari ni. Aku tanya dekat kawan dia tadi.”

“ Kau datang nak jumpa dia ke atau aku? Jangan nak putar belitkan lah Diyad.”

Semakin membara marah Nuh Qays bila mendengar ketawa Izdiyad itu. Dia menghentak stereng dengan kuat. Jika tidak mengenangkan janjinya pada Qisya Zulaikha, pasti sudah awal lagi dia memberitahu Izdiyad bahawa dia sudah bernikah dengan Qisya Zulaikha.

Qisya Zulaikha terkejut dengan tindakan Nuh Qays itu.

“ Kau memang kenal aku lah Nuh. Ya, memang aku nak jumpa dia tapi bila dia tak ada, aku nak jumpa kau lah pula.”

“ Aku tengah drive sekarang ni Diyad. Nanti kau call lagi.” Tanpa menunggu jawapan dari Izdiyad, Nuh Qays memutuskan panggilan itu. Dia menarik kasar earpiece dari telinganya.

“ Jangan jumpa Diyad lagi lepas ni.”

Qisya Zulaikha memandang Nuh Qays, berkerut dahinya. Nuh Qays seperti memberi amaran padanya.

“ Saya tak pernah nak jumpa dia pun selama ni,” jawab Qisya Zulaikha pantas. Dia tidak mahu Nuh Qays fikir dialah yang ingin berjumpa dengan Izdiyad.

“ Saya pegang kata-kata awak tu.”

“ Belum lama abang cakap tentang hal percaya mempercayai tapi sekarang abang macam tak percayakan saya.” Qisya Zulaikha mengungkit kembali kata-kata Nuh Qays.

“ Ini bukan tentang hal percaya atau tidak.. Ini sebab awak dan Izdiyad,” balas Nuh Qays. Suaranya sudah mula kedengaran tegas.

“ Kenapa disebabkan saya dan Abang Diyad? Sebenarnya memang abang percaya cakap Kak Rina kan? Tentang hubungan bodoh saya dengan Abang Diyad tu?” Qisya Zulaikha mula geram, betullah apa yang dia sangka itu, pasti Nuh Qays akan mempercayai tuduhan Qairina itu.

“ Zulaikha..,” panggil Nuh Qays, suaranya sudah mula kendur. Sedar akan kesilapannya. Dia menoleh, Qisya Zulaikha seperti menyeka air mata.

“ Jangan cakap tentang kepercayaan kalau abang memang tak percayakan saya. Saya memang tak ada niat langsung mahu mendekati Abang Diyad. Saya hormat dia disebabkan dia bekas senior saya. Saya harap abang faham.”

“ Zulaikha.. Saya minta maaf. Bukan niat sa..”

“ Saya letih. Saya nak tidur sekejap. Kejutkan saya kalau dah sampai.”

Qisya Zulaikha terasa hati dengan kata-kata Nuh Qays itu. Jika suaminya tidak mensyaki, jadi kenapa perlu Nuh Qays mempertikaikan lagi? Dengan pantas dia menyeka air mata yang jatuh. Kelopak mata ditutup dengan perlahan.

Nuh Qays mengeluh. Dia memang pantang bila tahu Izdiyad datang ingin berjumpa Qisya Zulaikha. Jika dia dikatakan kuat cemburu sekalipun, itu bermakna dia amat mencintai Qisya Zulaikha. Mungkin dengan lelaki lain, dia akan cuba bersabar tapi bukan dengan Izdiyad! Tidak sama sekali! Dia tidak suka! Pasti perasaan marah dan cemburu akan bersatu dalam dirinya.

Selama ini, itulah yang membuatkan dia berasa ragu-ragu terhadap Qisya Zulaikha. Itu jugalah salah satu agendanya untuk mengetahui hal sebenar mengenai hubungan Qisya Zulaikha dan Izdiyad.






BAB 16

“ Kau ada masalah ke Ikha?” tanya Ifa sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Qisya Zulaikha. Dia memandang teman rapatnya itu yang khusyuk menekan papan kekunci komputer.

“ Ikha... Aku tanya kau ni. Aku mesej semalam pun kau tak balas. Kau ada masalah ke?” tanya Ifa lagi.
Qisya Zulaikha menelan liurnya. Memang Ifa ada mesej dia ketika dia dan Nuh Qays di Alamanda. Dia tidak tahu mahu memberikan alasan apa pada Ifa.

“ Tak adalah...”

“ Kau ni kenapa Ikha? Kembar Encik Nuh ada jumpa kau lagi ke?” Wajah Ifa mempamerkan kerisauan bila melihat Qisya Zulaikha seperti menyembunyikan sesuatu.

“ Tak.. Setakat ni dia belum datang jumpa aku lagi.”

“ Dah tu? Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke Ikha?” Mata Ifa tidak lari memandang Qisya Zulaikha. 
Dia tahu, Qisya Zulaikha tidak pandai menipu. Pasti ada yang tidak kena jika wanita itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

“ Ifa aku tak tahu nak kata apa... Biarlah dulu. Nanti aku ceritakan dekat kau.”

“ Kau dah tak percayakan aku Ikha? Tak pernah pun selama ini aku canangkan cerita kau. Bagi aku, apa yang kau luahkan pada aku itu untuk aku kurangkan beban yang kau rasa. Memang tak banyak pertolongan yang dapat aku berikan, tapi aku tak nak kau susah. Sekurang-kurangnya aku dapat berikan pendapat. Tak bernas pun, tak apa.. Janji ada jalan penyelesaian.”

Qisya Zulaikha tahu Ifa terasa hati dengannya. Sebagai teman rapat, hanya Ifa saja tempat dia mengadu. Dia tahu, niat Ifa baik. Wanita itu sentiasa memberikannya semangat untuk berhadapan dengan semua orang terutama sekali Afiah dan kini muncul Qairina dan Izdiyad.

“ Aku akan ceritakan kau, masa kita lunch nanti. Sekarang aku rasa memang tak sesuai untuk aku ceritakan hal sebenar.”

*****


“ Nanti awak lunch dengan siapa?” tanya Nuh Qays di corong telefon itu.

“ Err.. Abang nak balik makan ke lunch ni? Sebenarnya saya nak lunch dengan Ifa tapi kalau abang nak balik, saya cancel saja,” jawab Qisya Zulaikha dengan nada berbisik. Takut ada telinga yang mendengar bicaranya.

“ Tak apa.. Saya juga nak lunch dengan Tuan Haji.”

“ Abang... Saya nak beritahu Ifa tentang kita. Apa pandangan abang? Sebab dialah tempat saya mengadu selama ini, dia juga ibarat kakak buat saya. Jadi saya tak nak ada rahsia antara saya dengan dia. Saya juga tak nak dia kecik hati bila tahu hal ini dari orang lain pula.” Qisya Zulaikha mahu meminta izin Nuh Qays untuk memberitahu hal mereka pada Ifa.

“ It’s up to you. Lambat laun mereka akan tahu juga.”

“ Abang tak kisah?”

“ If you want to know, saya nak sangat semua orang tahu bahawa kita dah kahwin. Tapi saya fikir, betul kata awak... Biar reda hal ni dulu, barulah kita beritahu mereka. Macam mana dengan Afiah?”

“ Saya tak rapat dengan dia. Kalau dia tahu.. takut heboh pula nanti.”

“ Saya tak kisah. Apa yang baik bagi awak, itulah yang baik untuk saya.”

“ Terima kasih abang.” Senang hati Qisya Zulaikha dengan jawapan yang Nuh Qays berikan.

“ Sama-sama kasih. Nanti lunch tu, jaga diri tau. Saya sayang awak.”

“ Take care to you too.” Dan saya sayang abang juga. Di hujung kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati. Qisya Zulaikha tersenyum, rasa bahagia sudah mula menerjah dalam hidupnya. Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg sebaik saja mereka habis berbicara.

Walaupun semalam dia terasa hati dengan kata-kata Nuh Qays tentang dia dan Izdiyad tapi lelaki itu dengan sedaya upaya cuba memujuknya.

“ Abang buat apa tu?” Sebaik saja siap menggosok baju Nuh Qays, Qisya Zulaikha menjenguk ke dapur bila terdengar seperti ada orang di situ.

“ Abang masak? Kenapa tak tunggu saya?”

“ Tak apa. Saya boleh masak. Tapi tak tahulah sedap ke tidak kat tekak awak.” Nuh Qays mengangkat hidangan itu ke meja makan.

“ Maaf. Sepatutnya saya yang masak untuk makan malam untuk kita.”

“ Kan saya kata, tak apa. Saya nak awak rasa masakan saya. Tapi kalau tak sedap, diam aje ya.” Akhirnya Qisya Zulaikha tersenyum melihat gelagat Nuh Qays itu. Hati yang terasa disebabkan kata-kata Nuh Qays ketika dalam perjalanan balik dari Putrajaya itu sudah semakin berkurangan.

“ Okay, have a sit.”

“ Thank you.”

“ Tak marah lagi?” tanya Nuh Qays. Lelaki itu mula mengukir senyuman.

“ Saya marah ke?”

“ Hmm.. Tak tahu pula. Tapi macam marah ada juga. Awak marah saya kan?” Nuh Qays mula mendekatkan wajahnya pada Qisya Zulaikha. Cuba menentang mata isterinya itu.

Qisya Zulaikha menundukkan wajahnya. Mula tidak tentu arah dengan sikap Nuh Qays.

“ Apa yang menyebabkan abang rasa saya marah?”

“ Tentang Diyad.”

“ Tak apa. Sebab saya tahu, inilah akibat bila abang tak kenal saya sepenuhnya.” Qisya Zulaikha sudah memulakan suapan.

“ Sedap!” puji Qisya Zulaikha.

“ Saya minta maaf. Kalau kata-kata saya tadi menyakitkan hati awak. Dan... terima kasih atas pujian itu.” Nuh Qays mengusap lembut tangan Qisya Zulaikha agar wanita itu tahu bahawa dia benar-benar menyesali apa yang dia katakan tadi.

“ Saya maafkan. Abang jangan risaulah. Saya okey saja.”

Qisya Zulaikha tersenyum, teringat kembali kejadian semalam. Nuh Qays cuba membeli hati dengan menyediakan makan malam untuk mereka. Rasa terharu juga ada dengan layanan Nuh Qays itu. Sungguh, hatinya mula menerima dengan sepenuhnya kehadiran Nuh Qays di sisinya sebagai suami.

*****

“ Rina.. You sedar tak lately ni Nuh dah lain macam. I rasa dia dah banyak berubah lah.”
Qairina menjeling sekilas. Dia bosan mendengar bila nama Nuh Qays mula menjadi perbualan.

“ I tak nak ambil tahu pun.”

“ Dia tak call you ke?”

“ Ada, tapi I malas nak angkat then dia mesej I, tanya khabar. Macam biasa, kalau parents I tak ada, dia akan jadi mamat penyibuk.”

Izdiyad menggeleng perlahan. Dia tidak suka dengan cara Qairina itu. Matanya memandang tangan kanan yang diusap lembut oleh Qairina.

“ You tak boleh macam tu Rina. Dah elok kan dia tanya tentang you. His your brother. I tak sukalah cara you ni.”

“ Okey, okey. I won’t do that again, honey.” Cepat saja Qairina mengikut kata Izdiyad. Dia tidak mahu lelaki kesayangannya itu bosan dengan perangainya. Sudah pasti, di depan Izdiyad dia akan cuba berlagak baik.

“ You ni kan... Semua tentang Abang, mesti you nak bela dia. Jangan nanti, bila dah jadi lawan, you benci dia sehabisnya,” sindir Qairina. Dia tahu Nuh Qays ada hati dengan Qisya Zulaikha, jika tidak kembarnya itu tidak akan marah dan membela Qisya Zulaikha dengan tindakkannya yang mengugut wanita yang dibencinya itu. Lelaki yang diketahuinya tidak ada perasaan pada mana-mana wanita, kini sudah berubah laku. Nuh Qays sudah mula ambil tahu tentang hal Qisya Zulaikha. Hatinya geram, sudahlah apa yang direncanakannya tidak berjaya!

“ Apa maksud you Rina?” Tegak terus kedudukan Izdiyad. Mata menghala pada wajah Qairina.

“ Tak adalah. I cuma cakap saja. Sayang.. Jomlah kita keluar lunch. I lapar lah.” Qairina cuba menukar topik perbualan. Dia mengajak Izdiyad dengan penuh manja sekali.

“ Okay but in one condition. Give me one kiss.” Pinta Izdiyad. Dia menarik badan Qairina agar wanita itu dekat dengannya.

“ You ni nakal lah!”

Kerana sayang yang menggunung, Qairina ikut juga permintaan Izdiyad itu. Leka dengan arus deras perbuatan syaitan, mereka lupa pada yang halal dan haram. Hanyut disebabkan keinginan nafsu semata-mata.

****

“ Mak aih.. Cantiknya cincin. Asal tadi aku tak nampak eh.” Jari yang tersarung cincin itu diraih oleh Ifa. Kini mereka ingin menjamu makan tengahari bersama.

“ Kau beli dekat mana ni Ikha? Nampak mahal aje ni. Hairan juga, kau bukan jenis yang suka pakai barang kemas ni,” tanya Ifa lagi. Matanya tidak lepas memandang cincin yang bertakhtakan berlian itu.

“ Inilah yang aku nak bagitahu kau Ifa.” Dengan nada perlahan, Qisya Zulaikha memulakan bicaranya.

“ Maksud kau? Kau dah bertunang ke? Dengan siapa? Asal macam mengejut aje ni?” bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut wanita tinggi lampai itu.

“ Bukan bertunang tapi dah nikah.”

“ Hah?!” Ifa terus melopong bila mendengar perkhabaran yang sangat mengejut itu.

“ Kau jangan nak bergurau la Ikha.”

“ Aku tak bergurau Ifa. Aku dah nikah. Dua hari yang lepas.” Qisya Zulaikha memandang Ifa yang tergeleng-geleng itu tanda sukar mempercayai apa yang dia katakan.

“ Susah aku nak percaya Ikha. Kenapa dengan tiba-tiba ni? Kau nikah dengan siapa sebenarnya?”

“ Encik Nuh.”

“ What?!” Ifa mengenggam kedua-dua bahu Qisya Zulaikha.

“ Apa yang terjadi sebenarnya ni? Dengan Encik Nuh pula tu.”

Qisya Zulaikha mengisyaratkan agar Ifa mengawal intonasi suaranya. Dia memandang sekeliling. Pelanggan yang ada di restoren ini, masing-masing membuat hal mereka sendiri. Suara Ifa yang kedengaran sedikit tinggi itu, langsung tidak menarik perhatian mereka.

“ Kau tahukan yang aku pegang dokumen Alam Jaya hari tu.”

Pantas Ifa mengangguk.

“ Aku kena serahkan dokumen  itu pada Encik Nuh. Dia minta tolong, agar aku yang hantar dokumen tu ke kondo dia. Dia demam, sebab tu dia tak larat nak ambik dari aku. Atas dasar kesian dan tanggungjawab, jadi aku pun setuju.” Qisya Zulaikha diam buat seketika. Dia memejamkan mata untuk sementara, tidak mahu kejadian itu berulang di benak fikirannya.

Qisya Zulaikha menceritakan segalanya apa yang telah berlaku padanya dan Nuh Qays. Sekejap-sekejap, Ifa mengusap lembut tangannya, bersimpati dengan apa yang telah berlaku pada Qisya Zulaikha.

“ Macam kena perangkap pula Ikha. Kau tak rasa macam tu ke? Kurang ajar betul kalau ada yang niat buat macam tu!” teka Ifa, tidak mustahil jika seseorang ingin memerangkap Qisya Zulaikha ataupun Nuh Qays. Hatinya marah bila mengenangkan kemungkinan itu.

“ Itu aku tak berani nak tuduh sesiapa Ifa. Atas motif apa mereka nak buat macam tu? Aku redha, jika ini ketentuan-Nya.”

“ Kau kelihatan tabah Ikha. Sepanjang kau ceritakan hal ini, aku tak nampak pun kau menitiskan air mata.”

“ Malam tu dah aku meratapi Ifa, rasa tak percaya sangat-sangat! Tapi betul kata Mak Su, sampai bila aku harus begitu, seperti aku menidakkan takdir yang telah ditetapkan untuk aku. Aku dah kering air mata untuk menangisi kejadian tu, Ifa,” ujar Qisya Zulaikha. Lega rasa hatinya bila meluahkan apa yang telah disembunyikan daripada pengetahuan Ifa.

“ Macam mana dengan Encik Nuh? Tadi aku terserempak dengan dia, tapi dari wajah.. nampak happy saja aku tengok.”

“ Dia okey. Kau ni.. itu nampak sangatlah tekaan semata-mata.” Qisya Zulaikha menjeling Ifa. Nampak sangat Ifa cuba mengambil hatinya. Tak kan setelah diberitahu tentang hubungan dengan Nuh Qays, barulah Ifa mengatakan bahawa wajah suaminya itu mempamerkan kegembiraan.

“ Aku serius tau! Tak ada maknanya nak main-main. Ramah betul dia hari ni. Itu barulah macam orang yang baru kahwin. Happy saja,” jawab Ifa. Dia cuba meyakinkan Qisya Zulaikha. Memang benar dia nampak perubahan yang berlainan pada Nuh Qays hari ini.

“ Ya lah, ya lah. Betul lah tu.”

“ Betul lah. Tak ada dusta di antara kita okey! Apa yang aku nampak, itulah yang aku beritahu. Dan aku juga nampak, sinar di matamu Ikha.”

“ Jangan nak bermadah dengan aku ek.. Tak ada maknanya.” Qisya Zulaikha tersenyum malu. Malu jika Ifa dapat membaca apa yang dia rasa kini.

“ Tengok.. Kau dah blushing. Tak apa kalau kau sayang dengan suami sendiri. Mungkin sudah tertulis, kau orang disatukan dengan cara macam tu. Jangan kisah dengan apa orang nak kata Ikha. Kalau mereka kata, kamu disatukan dengan cara yang jijik, tapi kau orang tak buat benda yang jijik pun. Apa yang penting, Allah tahu yang sebenarnya. Kalau yang disatukan tu dengan acara yang megah sekalipun yang kononnya teratur tapi tak kekal lama, buat apa? Apa-apa pun, tepuk dada tanya hati, tadah tangan, doa hari-hari. Ek? Ada kena mengena ke eh?” Kata-kata semangat yang sangat berguna dari Ifa walaupun di hujung kata-kata wanita itu ada terselit gurauan.

“ Tentu ada. Aku akan berdoa hari-hari agar rumah tangga aku berkekalan hingga ke akhirnya Ifa.”

“ Amin. Macam mana dengan kembar Encih Nuh tu? Tak meroyan perempuan tu bila tahu kau dan Encik Nuh dah nikah?”

“ Hanya kau dan Mak Su saja yang tahu tentang pernikahan kami. Kami akan beritahu bila parents Encik Nuh dah balik dari Mekah.”

“ Kau kena bersedia Ikha, untuk segala yang bakal berlaku.”

Untuk segala yang bakal berlaku? Ya, Qisya Zulaikha harus kuat untuk berhadapan dengan apa yang bakal berlaku padanya. Dan dia juga mengharapkan agar Nuh Qays sentiasa disisinya, melawan segala yang bakal terjadi.




30 comments:

  1. Besttt entry ni kaq sya..hehe suka dngn katakata ifa.. hehe gudluck kaq sya n have a happy holiday. Wlupub nanti akan rndu entry n nuh ngn qisya hehe
    Thnks for the entry kaq sya. Syang kaq sya ketatketat jgak :D
    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syg kDija... sbb sudi baca PDH akak ni.. terima kasih juga dengan ucapan tu.. memang bz sgt la lately ne, mana nak packing barang lagi.. hurmm smoga ketika holiday tu, bnyak idea yang boleh diselitkan dalam PDH nanti. InsyaAllah :)

      Delete
  2. sayang kat sya,tak lupa pembaca nye...apa2 pon sebelum akak baca,selamat bercuti and c you in 3 wks time

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sbb sudi baca PDH saya yang tak seberapa ni... InsyaAllah, i'll c u guys after 3 weeks time :)

      Delete
  3. Kak sya, one nice entry. Saya suka. Hope that another entry kak sya akan cerita ttg Rina n Diyad pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni.. adalah terselit cerita mereka berdua.. don't worry.. :) thanks dear sbb sudi baca PDH akak yang tak seberapa ni.

      Delete
  4. omg sya! si rina ke yg buat perangkap tu? nak nuh dgn fiah??????? akak dah speechless.....betul ke???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak jangan speechless la.. hihihihi.. nanti akan terbongkar.. tak lama lagi.. InsyaAllah.. Thank you akak sbb sudi baca PDH saya :)

      Delete
  5. lamanya 3 mggu...slmt bercuti n gud luck in ur final exam...sama2 le final nnt yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati sebenarnya tak sbr nak menulis tapi dsbbkan exam ni, kenalah utamakan yang tu dulu.. hihi. thanks dgn ucapan gudlucknya.. and gudluck to u too.. for ur final exam.

      saya harap, saya akan muncul kurang dari 3 minggu.. dan update PDH. harap2 la..

      Delete
  6. memang sentiasa menunggu... lama nya cuti. tapi x pe. good luck utk exam, and have safe journey and have fun...tq sgt2 utk minggu nie, best sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb sudi baca PDH.. dan terima kasih dgn ucapannya.. saya akan cuba muncul kurang dari 3 minggu dgn n3 PDH. InsyaAllah. tak janji.. sbb balik bercuti, confirm letih yang amat. hihihi :)

      Delete
  7. Love u too sis...
    Qairina mesti mengamuk kalau tahu tentang perkahwin Qays & Qisya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih.. itu sudah pasti.. naik meroyan perempuan tu nanti. kekeke. Love u too NurAtiza syg :)

      Delete
  8. manjanye ika ni dgn nuh... jelesh aii taw... huhuhu nuh, apa nasib dpt kembar mcm singa betina tu... aishhh xsbar nk tgk nuh lovey dovey.... nanti mesti windu.. tq awak... love

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii pun jeles la Zawani.. hihihi.. tak lama lagi si nuh ne pasti akan lovey dovey.. terima kasih sbb sudi bca ZM ya.. :)

      Delete
  9. sukanya tgk cara ika dgn nuh.....nice story....good job to u....like this story....x sabar nak tunggu next n3....apa2 pun good luck to u for your exam nanti n happy holiday....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih comel sbb sudi baca PDH.. dan terima kasih juga dengan ucapannya.. InsyaAllah, lepas bercuti, saya akan terus sambung menulis.. dan cuba update PDH dengan secepatnya :)

      Delete
  10. Harap ikha & nuh jadi suami isteri yg sebenarnya...tak nak lah citer bila kahwin atas dasar terpaksa...mula x jalankan tggung jwb spt tuntutan agama....bosan...cuma hrp nuh akan selidik dan nilai cerita buruk yg dia dgr pasal ikha dan lindungi ikha sbg isteri yg selayaknya....cepat2 update ye cik penulis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, memang saya nak cari kelainan.. pasti nuh akan jalani tanggungjawab sbgai seorang suami. mereka cuma disatukan secara mengejut tapi masing2 mencintai satu sama yang lain. terima kasih sbb sudi baca PDH saya cik Eijan :) selepas balik dari bercuti, InsyaAllah, saya akan update dengan secepatnya :)

      Delete
  11. mcm cpt sgt ikha dpt terima nuh. xde conflic. pe2 pun dua2 sweeettt sgt. teruskan berkarya. citer ni best!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang cepat ikha terima Nuh sebab memang dia dah suka kan... apa yang penting, kepercayaannya. nanti pasti akan ada konflik yang melanda. dugaan pasti ada. terima kasih kerana sudi baca PDH ya :):)

      Delete
  12. Akak, best sgt2 cerita ni.. :) Sweet sgt. Tak sabar nk tggu akak update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mutiaraputeh.. hihihi *muka dah kembang ne*

      Delete
  13. Salam....bestnye nuh n ikha x berperang...heheheh dyad tu x hbis cri mslah...per pun memg best...slmat bercti frisya...
    Roza mamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Roza.. memang la, muka tembok macam Diyad, haihh jenis yang tak reti2. hihihihi

      Delete
  14. salam.best cita ni.tapi lg bst kalau nuh pon bahasakan diri dia sbgai abang dgn ikha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. terima kasih sbb sudi baca PDH... kita buat slow2 dulu, nanti pasti akan bertukar cara panggilan tu :) hehe

      Delete

 

Diari Terindah Farisya Natasha Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template