Diari Terindah Farisya Natasha

Diari Terindah Farisya Natasha

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

HARAP MAKLUM...

Segala yang tercatat di sini, hasil karya yang saya luahkan di sini merupakan HAK CIPTA saya sendiri, Farisya Natasha. Harap tidak akan ada isu COPY & PASTE. Saya amat mengharapkan kerjasama anda. Terima kasih.

WATAK-WATAK dalam BLOG ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya TIDAK ada kena-mengena dengan yang HIDUP ataupun yang MATI.

Manakala sebahagian GAMBAR juga diperolehi dari sumber GOOGLE.

RESTRICTED!

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

My Lovely Followers

My 1st Novel

My 1st Novel

10 July 2012

CERPEN : AKU KAKAK KAU, BUKAN KEKASIH!




AKU KAKAK KAU, BUKAN KEKASIH!

“Aku kakak kau, bukan kekasih! Apa kau merepek ni Zeq? Nak kena penumbuk aku agaknya!”

Memang aku amat marah! Marah dengan kata-kata yang Elman Zaquan luahkan.

“Betul, aku sayangkan kau Ria! Aku cintakan Maria Alia! Kau bukan kakak kandung aku, kita bukan sepersusuan Ria, kau kena ingat tu! Aku cuma anak angkat dalam keluarga ni jadi tak salah kalau aku rasa macam ni dekat kau.”

“Kau dah gila ni!”

Menggelegak lagi darahku bila Elman Zaquan, adik angkat aku meluahkan perasaannya terhadap diriku. Bila kaki hendak melangkah pergi meninggalkan ruang tamu di tingkat atas itu, Elman Zaquan menghalang.

“Aku tak gila. Sudah lama aku menyimpan perasaan ni Ria. Aku tak akan berputus asa. Sampai masa nanti, aku akan bagitahu ibu dan abah.”

Gila! Terus aku meninggalkannya dan masuk ke bilik tidurku. Aku kunci pintu, rasa nak kunci dengan kunci mangga sekali. Bahaya! Kalau Elman Zaquan sudah ada perasaan cinta terhadap diriku, tidak mustahil dia terdorong membuat yang tidak elok sekiranya dia sudah terdesak.

Patutlah ketika Elman Zaquan melanjutkan mastersnya, hampir setiap hari Elman Zaquan menghubungi aku melalui video Skype. Disebabkan aku sememangnya menganggap dirinya seperti adik kandung jadi aku tidak hairan bila dia selalu menghubungiku.

Elman Zaquan diambil sebagai anak angkat dalam keluargaku ketika dia berusia 7 tahun dan aku pula ketika itu baru masuk 10 tahun. Elman Zaquan merupakan anak kepada kawan baik ibu. Mama dan papa Elman Zaquan meninggal dunia disebabkan kemalangan. Disebabkan perkahwinan yang tidak direstui oleh nenek dan datuk Elman Zaquan di sebelah pihak mamanya jadi mama Elman Zaquan dibuang keluarga. Papa Elman Zaquan pula adalah keturunan Cina muslim tapi kedua-dua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia.

Ibu tanpa ragu-ragu, mengangkat Elman Zaquan sebagai anak lelaki dalam keluarga kami. Abah juga bersetuju kerana ibu sememang tidak digalakkan untuk mengandung lagi setelah kelahiranku atas sebab-sebab kesihatan.  Dan kini sudah 20 tahun kami menjalani hubungan sebagai adik-beradik, memang sukar bagiku untuk menerima apa yang telah Elman Zaquan nyatakan sebentar tadi.
.........................

Ketika sarapan pagi di meja makan, aku hanya diam. Rasa malas untuk bersarapan sama dengan Elman Zaquan. Dia berlagak selamba saja jadi aku pun malas nak fikir lagi.

“Kak... Aku ikut kau saja hari ni  ya? Aku malas nak bawa keretalah.”

Meluat aku mendengar. Ketika depan ibu dan abah, dia panggil aku kakak tapi bila hanya kami berdua, dia panggil aku Ria. Memang pandai berlakon betul dia ni!

“Kau bawalah kereta kau sendiri. Takkan baru dua tahun lebih tinggalkan Malaysia dah lupa jalan.”

Aku sindir dia. Dia tersenyum sinis.

“Kan kita nak pergi tempat yang sama. Ibu... Pujuklah kakak ni suruh dia bawa Zeq.”
Pandai kau eh... Siap minta tolong dekat ibu. Semakin geram aku dibuatnya.

“Ria kamu ni... Biarlah dia ikut kamu. Tempat kerja sama, rasanya tak salahkan.”

Ibu sudah ikut campur. Aku menjeling tajam Elman Zaquan.

“Kau tak payah kerja dululah! Berehat sepuasnya. Kau kan baru balik.” Aku cuba memberi cadangan, walaupun aku tahu Elman Zaquan tak akan mendengar cadanganku.

“Tapi aku nak kerja. Abah pun nak aku tolong kau buat kerja-kerja syarikat tu macam dulu.”

Aku menoleh abah, dia mengangguk. Hishh!

“Yalah! Yalah!”

“Sayang kau kak.”

Geli aku mendengar kata-kata Elman Zaquan tu. Rasa nak saja aku sepak terajang dia. Hati geram yang teramat sangat!

Ketika ingin memanaskan enjin kereta, tiba-tiba Elman Zaquan mengambil kunci kereta dari tanganku.

“Biar aku saja yang bawa kereta.”

“Tadi kata malas nak bawa kereta! Jangan nak mengarut, biar aku saja yang bawa.”

Aku cuba mengambil kembali kunci kereta itu. Mungkin disebabkan keriuhan itu, ibu menjengukkan diri ke garaj.

“Kamu ni... Dah besar panjang pun masih nak bertekak. Tak hilang lagi perangai kamu berdua ni.”

Ya, sememangnya aku dan Elman Zaquan selalu saja bertekak dari dulu lagi tapi kami tahu bahawa itu cuma untuk suka-suka. Masing-masing suka menyakat. Tapi tidak lagi bermula semalam, aku benar-benar marah akan dirinya.

“Kakak ni ibu... Zeq nak cuba kereta baru dia tapi dia kedekut!”

Ibu hanya menggeleng-geleng dan berlalu masuk ke rumah, malas nak melayan kerenah kami.

“Kau jangan nak bawa-bawa ibu! Jomlah jalan. Kalau kau lambat, aku bawa kereta abah!”

Walaupun aku mengalah dan membenarkan Elman Zaquan membawa keretaku tapi aku sempat menggertaknya.

“Okey sayang. Thanks dear.”

Bulat mataku bila dia kata macam tu. Laju mata ini meliar melihat sekeliling. Tak ada sesiapa. Nasib baik. Elman Zaquan pastinya sudah gila!

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, aku hanya mendiamkan diri. Malas nak buka mulut.

“Ria... Untuk  pengetahuan kau, aku suka dekat kau ketika aku form 5 lagi. Mulanya aku nak ambil degree di sini saja tapi bila aku dapat tahu yang kau ada hubungan dengan Si Fawaz tu terus aku terima tawaran belajar ke UK. Tapi bila dapat tahu kau dah putus dengan dia jadi perancanganku untuk membuat masters terbantut lalu aku balik ke Malaysia.

Bila bekerja setahun lebih selepas itu, aku terfikir, aku nak setaraf dengan kau atau mungkin lebih tinggi lagi daripada kau. Jadi aku mengambil keputusan untuk sambung masters lagi. Aku tahu aku hanya anak angkat, kalau bukan ibu dan abah yang ambik aku sebagai anak mereka, entah apalah akan jadi pada aku. Merempat kut. Jadi aku nak capai sesuatu yang boleh membanggakan diri aku sendiri dan kau sekeluarga.”

Tersentuh hatiku bila dia sebut ‘anak angkat’ dan ‘merempat’ itu. Aku tahu dia rasa rendah diri. Jadi aku hanya mendengar katanya tanpa mencelah. 

“Aku bersyukur sangat dapat mak bapak macam ibu dan abah tapi aku minta maaf dekat kau, aku tak dapat nak tipu diri aku lagi. Mungkin dulu tu bagi aku perasaan cinta pada kau hanya cinta monyet tapi tidak kali ini Ria. Aku tak dapat nak elak lagi. Aku takut kau diambil orang. Aku tak kisah kalau kita kahwin sekarang pun. Aku dah bersedia.”

Kini barulah aku mencelah bila dia sebut perkataan ‘kahwin’.

“Mustahil Zeq. Pleaselah... Dengar cakap akak ni. I’m your sisterI’m older than you Zeq. Jarak umur kita...”

“Hanya dua tahun enam bulan Ria! It doesn’t matter for meAge just a number. Apa kejadahnya nak fikirkan tentang umur! Cinta tak mengenal usia, Ria!”

Laju Elman Zaquan memutuskan bicaraku. Hatiku kembali panas. Membara!

“Aku tak suka lelaki yang muda dari aku! Bagi aku tak matang, macam kau ni lah! Aku nak lelaki yang matang, yang tahu memikirkan tentang masa depan dan faham erti kehidupan yang sebenar.”

“Kematangan seseorang itu tidak terletak pada umurnya, Ria. Jangan cetek sangat berfikir ni. Sepatutnya orang yang berpelajaran macam kau ni tahu berfikir. Jangan judge seseorang itu hanya dengan satu pandangan saja.”

Sinis kedengaran kata-kata Elman Zaquan itu. Aku mendengus kasar. Dia memang jenis yang tak mahu kalah, apatah lagi berlawanan dengan aku.

“Kau tak terfikir ke tentang ibu dan abah? Pandangan orang sekeliling hah? Kita dah lama hidup bersama sebagai adik-beradik dan tiba-tiba kau nak jadikan pula menjadi pasangan bercinta. Kau nak keluarga kita dicemuh ke?!”

“Sebab tu aku nak kita berbincang dengan ibu dan abah. Mungkin mereka ada pandangan yang tertentu lagipun...”

“Tapi aku tak cintakan kau! Kau faham tak?! Aku hanya anggap kau sebagai adik aku dan tak lebih daripada itu! Kau jangan nak paksa aku Zeq. Kau tahukan yang aku memang benci orang yang memaksa ni.”

Tiba-tiba Elman Zaquan memberikan kunci keretaku dengan kasar. Aku terpinga-pinga dan melihat kawasan sekeliling. Rupanya kami sudah sampai di tempat kerja.

“Kunci sendiri. And one more thing... Aku tak akan berputus asa! Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku, Ria! Keep my words on your mind!”

Terus Elman Zaquan keluar dari kereta dan menghempas kuat pintu kereta. Siot! Dia ingat kereta ni dia yang punya? Suka hati dia nak hempas kuat!

Ketika di ofis, sepanjang pagi itu aku tengok Elman Zaquan elok saja. Memang aku akui kalau dia marah hanya sekejap. Memang tak heran sangat la dengan perangai dia ni. Itu sebab aku tak kisah juga. Dia nak merajuk ke, nak marah ke, ada aku kisah!

“Kak jom lunch sama-sama dengan mereka. Zeq nak belanja mereka makan tengahari. Akak ikut sekalilah ya.”

Pelawa Elman Zaquan sambil tangannya memaut bahuku dengan senyuman mesra. Dulu memang kami selalu buat sebegitu dan pekerja di sini juga tidak hairan dengan kemesraan kami kerana kami dianggap seperti adik-beradik kandung.

“Ouh.. Adik akak nak belanjalah ni? Okey. Akak on saja.”

Kataku sambil berpura-pura senyum gembira. Tangannya yang di bahuku, aku larikan perlahan supaya tidak nampak ketara yang aku cuba mengelak dari dipeluk Elman Zaquan di hadapan kak Imah, setiausaha Elman Zaquan. Harun dan Suraya dari bahagian kewangan.
Ketika ketiga-tiga mereka beransur-ansur untuk keluar ofis, jariku sempat mencubit lengan Elman Zaquan dengan kuat. Puas hati aku!

“Aduh!”

“Padan muka kau! Jangan nak mengada peluk aku lagi lepas ni. kalau tak, nahas kau aku kerjakan.”

Aku cuba menggertak Elman Zaquan.

“Dulu... Aku pernah buat lebih daripada ni. Kau tak kisah pun. Aku pernah cium kau, kau pernah cium aku. Kita tidur bersama, kau peluk aku.. aku..,”

“Diamlah! Jangan nak jadi budak-budak ya. Nak ungkit segala bagai. Jangan sampai aku sepak kau dari sini.”

“Aku rela Ria... Walau apa pun kau nak buat, aku sanggup menerimanya.”

Terus aku mencapai beg tangan dan meninggalkan Elman Zaquan. Buat sakit hati saja nak layan dia!

Aku rasa nak marah sangat dengan Elman Zaquan sebab aku rasa dia cuba untuk mendekatiku. Mana tidaknya, apa yang aku makan semua dia nak rasa. Aku tidak akan marah kalau dia sendiri yang suap makanan itu tapi dia nak aku yang suapkan untuk dia. Depan pekerja pula tu! Sehingga kak Imah bersuara.

“Manja betul Encik Elman ni. Maklumlah... Anak bongsu. Cik Lia pun sayang lebih dengan Encik Elman.”

Pekerja kami memang memanggil aku dengan nama Alia begitu juga dengan kawan-kawanku. Hanya keluarga saja yang memanggil aku dengan nama Ria. Sama juga dengan Elman Zaquan, ibu bapa kami memanggil dengan nama Zeq tapi bila kawan-kawan mahupun pekerja kami, dia akan dipanggil dengan nama Elman.

“Alah.. kak, memang macam ni lah kehidupan kami. Mesra,” jawab Elman Zaquan selamba.

Aku hanya mengangguk mengiyakan. Takkan nak geleng pula walaupun aku tidak bersetuju dengan kata-kata Elman Zaquan itu. Rasa nak bantah ada juga tapi aku tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sememangnya sudah keruh disebabkan Elman Zaquan.

......................

Ketika di ruang tamu, aku yang enak baring di sofa sambil menonton Maharaja Lawak Mega itu melirik sekilas bila Elman Zaquan hendak duduk bersebelahan dengan sofa yang aku baring. Hati aku semakin bergerak laju, bukan apa... Aku tidak mahu Elman Zaquan buat sesuatu yang tak tercapai dek akal fikiranku. Sudah hampir enam bulan berlalu dari hari dia mencurahkan perasaanya padaku. Hari-hariku, aku rasa macam tak menentu. Terpaksa berpura-pura gembira bila di hadapan ibu dan abah. Begitu juga di tempat kerja.

Aku terasa rambutku seperti diusik. Bila aku mendongak, aku melihat Elman Zaquan cuba untuk mengikat rambutku yang aku biarkan lepas dari ikatan.

“Zeq, janganlah. Kan akak tengah tengok TV ni.” Aku cuba mengawal suaraku sebab abah juga ada di ruang tamu.

“Kejaplah... Zeq nak ikat rambut akak. Macam yang selalu Zeq buat.” Bagi tidak mahu membuat kecoh lagi jadi aku hanya membiarkan.

Setiap sentuhan lembut jari-jemari Elman Zaquan di setiap helaian rambutku membuatkan degupan jantungku berirama. Ahhh... Kenapa pula ni? Ini cuma permainan hati! Rasa semakin sesak nafasku bila aku rasakan Elman Zaquan cuba membelai pipiku. Aku terus duduk bersila dan menoleh ke arahnya dengan pandangan geram. Patutlah dia berani buat macam tu sebab abah khusyuk baca buku business. Masih tak berubah lagi abah ni, minat sangat baca buku business, sampai tak sedar akan sekeliling.

“Sudah! Jangan nak kacau rambut akak lagi. Kau bukan nak ikat betul-betul pun.”

Aku melihat Elman Zaquan tersengih-sengih.

“Zeq ni tak sudah nak kacau Ria. Tahu sajalah dengan Ria tu, kalau marah terus menjelma muka cemberut dia tu sampai abah pun takut nak tengok.”

Abah mula mencelah tapi matanya masih khusyuk membaca buku. Aku mencebik mendengar kata-kata abah itu.

“Apalah abah ni. Selalu aje nak menangkan Zeq.”

Kedengaran abah ketawa.

Aku melihat ibu dan kak Ina, pembantu rumah kami yang baru menuruni anak-anak tangga. Mesti ibu dan kak Ina lepas mengemaskan bilik Elman Zaquan. Lelaki itu memang suka sangat dengan kekemasan yang melampau. Aku ini suka juga dengan kekemasan tapi tak adalah sampai sebelum tidur pun bilik kena dikemaskan sekali lagi.

“Ria... Selalunya abah tak nak masuk campur dalam urusan peribadi kamu adik-beradik tapi bila kenangkan yang umur kamu semakin meningkat, tak dapat tidak abah kena tanya juga. Ria belum ada yang berkenan di hati ke? Umur kamu dah 30, Ria. Abah dan ibu risau dengan kamu.”

Abah mula bercakap serius. Ini yang aku tak suka. Depan Elman Zaquan pula tu. Aku lihat ibu dan abah, sememangnya terpancar kerisauan di wajah mereka.

“Belum ada abah... Jangan risau, kan Ria ada bagitahu sebelum umur Ria 32 dan jodoh dah datang mari, InsyaAllah, Ria kahwin. Jangan pula abah yang cerewet nanti.”

Aku ingat lagi yang aku pernah berkata pada abah dan juga ibu bahawa aku akan berkahwin sebelum umurku mencapai ke angka 32. Entah kenapa, terlintas dalam kepala aku angka 32. Dah abah macam terdesak sangat masa tu, jadi aku terus target angka 32.

Memang keluarga terdekat selalu saja mempertikaikan aku yang masih bujang ini. Teman lelaki pun tak ada lagi. Sampai aku ada terdengar yang salah seorang keluarga sebelah abah sudah memberikan title ‘andartu’ kepadaku. Aku tidak kisah, zaman sekarang ini perempuan yang berumur 30 ke atas pun ada yang belum berkahwin. Aku ada kerjaya yang menemaniku walaupun adakalanya aku rasa ingin berteman.

“InsyaAllah, ibu dan abah tak akan memilih. Janji dia patuh pada tiang agama dan berikan kebahagia kepada Ria.” Sahut ibu.

“Ala... Ibu, akak tunggu Zeq la.”

Laju saja mataku memandang Elman Zaquan. Aku mengetap bibir. Jangan pula dia kata yang bukan-bukan depan ibu dan abah.

“Kenapa pula? Zeq dah ada ke? Kenapa tak bawa jumpa ibu dan abah?”

Mataku kini beralih pada kaca televisyen dan membaringkan badanku semula tapi sedaya upaya aku memasang telinga.

“Ada yang berkenan di hati tapi dia pula yang tak suka dengan Zeq ni. Tak hensem ke anak ibu ni bu?”

“Zeq tu anak abah. Siapa yang cakap Zeq tak hensem? Hensem! Tengoklah abah dia siapa.”

Abah dah mula masuk lif tekan sendiri. Memang itulah sifat abah aku. Mahu tergelak aku mendengarnya. Sama saja perangai macam Si Elman Zaquan.

“Itulah abah... Hairan sungguh Zeq. Nak kata tak ada hati dan perasaan, selama Zeq kenal dia, okey saja. Pandai menangis, sedih, happy. Rugi betullah dia tak terima Zeq ni kan abah?”

Hendak termuntah aku mendengar kata-kata Elman Zaquan itu.

“Zeq, pasangan hidup ni bukan semata-mata nak tengok paras rupa saja. Hati dia, keteguhan dia terhadap agama Islam itu yang penting. Semasa bercinta ni, semuanya indah belaka. Bak kata orang, kentut pun dikatakan wangi. Tapi bila dah kahwin, bermacam-macam berubah. Segala rahsia yang tersembunyi pun akhirnya terbongkar.”

“Betul tu ibu. Ria sokong habis. Jangan nak senang-senang saja nak paksa orang untuk suka dekat kau tu. Kena faham hati dia juga. Jangan main redah saja ikut kehendak kau. Semakin kau mendesak, semakin orang tu benci dekat kau, tau tak?”

Selepas aku lontarkan kata-kata itu, tiada respon dari ibu, abah apatah lagi dari Elman Zaquan. Aku menegakkan badan dari berbaring dan menoleh kebelakang. Elman Zaquan sudah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

“Kenapa dengan Zeq tu ibu?”

“Merajuk la tu dengan kata-kata kamu.”

“Dah besar panjang pun nak merajuk! Mengada betullah! Umur dah tua tapi perangai macam budak-budak.”

Aku menyandarkan badan. Meluat dengan perangai mengada-ada Elman Zaquan itu. Ingat dia merajuk, aku nak pujuklah. Tunggu ular bertanduk! Baru aku pujuk dia.

“Ria... Kenapa cakap macam tu? Zeq tak kacau kamu pun. Yang kamu lebih emosi ni kenapa? Dah baik sangat dia nak kongsikan perasaan dia dengan kita. Kamu pula yang terlebih. Abah nak kamu minta maaf dengan Zeq. Dia tak salah apa-apa pun dengan kamu. Elok saja dia tadi, mesti dia terasa hati dengan kamu.”

Nampaknya abah marah dengan tindakkanku. Kenapa pula aku yang perlu minta maaf? Benci betul! Ini sebab ibu dan abah tidak tahu perkara yang sebenar!

“Nantilah... Lama-lama okey la dia nanti bah. Macam la abah tak kenal dengan anak lelaki abah tu.”

“Abah nak sekarang juga Ria. Abah nampak muka dia berubah tadi bila kamu cakap macam tu.”

“Pergilah Ria. Kasihan Zeq. Tak patut kamu cakap macam tu.”

Ibu dan abah nak sangat aku minta maaf dekat Elman Zaquan. Sebenarnya siapa yang anak angkat ni? Aku tahu ibu dan abah menjaga dengan sebaiknya Elman Zaquan sampai-sampai aku rasakan, akulah yang anak angkat dalam keluarga ini.

“Yalah...”

Malas sungguh aku rasakan. Kalau abah tahu hal sebenar, mahu kena halau Elman Zaquan dari rumah ni. Tak apa, aku akan bersabar.

Di hadapan pintu bilik Elman Zaquan, lama aku berdiri di situ. Berkira-kira untuk mengetuk pintu. Aku yakin, memang jarang sekali ibu dan abah naik ke tingkat atas sebab bilik mereka di tingkat bawah begitu juga dengan pembantu rumah kami. Sebab kata abah, dia letih nak turun naik tangga kalau bilik mereka di tingkat atas. Jadi kalau aku nak bertekak pun dengan Elman Zaquan, tidak mengapa. Tapi kenalah pandai control suara.

Akhirnya aku ketuk pintu bilik Elman Zaquan. Tiada sahutan untuk suruh aku masuk. Aku ketuk lagi, kali ini lebih kuat. Masih tiada sahutan. Aku pulas tombol pintu, tidak berkunci. Laju pintu bilik Elman Zaquan aku tolak. Aku melihat Elman Zaquan sudah baring di atas katilnya. Aku menutup pintu. Supaya percakapan kami tidak didengar oleh ibu dan abah.

“Zeq... Akak minta maaf dengan kata-kata yang akak cakap tadi.”

Elman Zaquan mengkalihkan badannya membelakangkan aku. Aku hanya tegak berdiri berhampiran dengan Elman Zaquan.

“Kejam sangat ke Zeq ni Ria? Salah ke kalau Zeq cintakan Ria? Zeq tak minta jadi macam ni. Cinta itu datang tanpa Zeq sedari. Kalau Ria rasa Zeq mendesak Ria, Zeq minta maaf. Zeq...”

“Zeq... Akak bukan maksud macam tu... Zeq janganlah macam ni. Akak...”

Aku dah tak tahu nak kata apa. Suara Elman Zaquan memang lain di pendengaranku. Aku tahu dia benar-benar terasa hati dengan kata-kata aku tadi.

“Zeq... Akak minta maaf ya. Kita jangan cakap benda ni lagi. Akak tetap sayang Zeq. Zeq kena ingat tu.”

Tiba-tiba Elman Zaquan bangkit dari berbaring dan terus mencengkam bahuku. Tidaklah kuat sangat cengkaman itu. Lembut saja.

“Betul sayang? Ria sayangkan Zeq? Zeq juga cinta dan sayangkan Ria. Tak ada perempuan yang dapat tandingi Ria. I love you so much dear.”

“Zeq... Kau jangan nak buat benda yang tak betul. Akak akan marah habis dengan kau nanti.” Gertakku. Aku sebenar takut jika dia melakukan tindakkan yang diluar jangkaan. 
Berdebar juga jantung aku ni bila dia kata ‘I love you’. Apa aku merepek ni?

Aku melihat dia tersenyum.

“Zeq tak kan buat sesuatu yang salah di sisi agama. Sayang jangan risau okey...”

“Yang pegang-pegang ni dah kira salah ni.”

“Opps! Sorry sayang.”

Hishh! Sakit saja hati aku ni nak layan dia. Aku terus keluar dari bilik tidur Elman Zaquan. Dia dah tak merajuk lagi, cukuplah! Kerja aku dah selesai.

............................

“Hari tu abah terjumpa dengan Fawaz. Dia kirim salam dengan Ria. Belum kahwin juga budak tu ya Ria? Abah tanya dia hari tu,” beritahu abah ketika kami menikmati minum petang di taman halaman rumah kami. Aku nampak Elman Zaquan terus memandangku ketika abah mengungkit nama Fawaz.

“Waalaikumsalam. Tak tahu pula Ria dia belum kahwin. Dah lama rasanya Ria tak jumpa dengan dia bah. Paling akhir pun, tahun lepas. Itu pun terserempak dengan dia saja.”

Fawaz merupakan bekas teman lelakiku ketika belajar di universiti. Sememangnya kami dulu memang suka sama suka tapi disebabkan aku tidak pandai membahagikan masa antara bercinta dan belajar, pembelajaranku seakan merosot.

Ibu dan abah memang tahu tentang hubungan kami dan mereka juga tidak menghalangnya. Jadi aku membuat keputusan supaya kami berpisah terlebih dahulu bagi menumpukan perhatian untuk belajar. Mulanya memang sukar tapi sudah lama-kelamaan kami juga terbiasa dengan persahabatan sebagai ‘teman tapi mesra’. Bagiku dulu itu disebabkan rasa teruja hendak mempunyai kekasih jadi aku seakan lupa dengan pengajianku.

Bila bergaduh saja, aku seperti terbawa-bawa sampai aku malas untuk menelaah. Walaupun aku cuba tidak menampakkan kepada ibu dan abah tapi dari keputusan peperiksaanku menunjukkan segalanya. Ianya bermula ketika aku mula bercinta dengan Fawaz. Fawaz juga rasa sebegitu, kami seperti mengabaikan pelajaran kami yang mana keinginan untuk menggenggam segulung ijazah itulah matlamat kami sebenar. Nasib baik kami masih memikirkan matlamat itu jadi kata sepakat kami capai. Berpisah secara baik dan meneruskan pengajian sampai graduan. Jika ada jodoh, pasti akan bersatu kembali.

“Kak... Oii Kak. Mengelamun pula dia ni.”

Elman Zaquan memetik-metik jarinya untuk menyedarkan aku yang leka mengelamun.

“Teringatkan Fawaz kut dia ni. Kamu masih ada perasaan dengan dia Ria?”

Abah masih lagi menyebut nama Fawaz. Macam nak menyatukan kembali pun ada juga lagak abah ni.

“Hishh... Abah ni. Tak adalah. Kami tetap kawan bah. Tentang perasaan tu, Ria tak tahulah. Benda dah lama.”

“Mana tahu Fawaz belum berkahwin tu disebabkan dia tunggu Ria. Kan masing-masing sudah ada kerjaya. Bagi ibu, tak salah nak sambung semula hubungan yang putus tu.”

Aku memandang wajah-wajah yang ada di hadapanku ini. Aku melihat ibu dan abah yang memandang dengan penuh harapan. Manakala Elman Zaquan pula memandangku dengan tajam yang menikam. Jelas terpancar riak cemburu di wajahnya. Mungkin ibu dan abah tidak sedar dengan wajah Elman Zaquan itu kerana mereka tidak tahu tentang perasaan Elman Zaquan sebenar terhadapku.

“Kalau ada jodoh, adalah tu nanti. Ibu dan abah jangan risau, dengan sesiapa pun jodoh Ria nanti. Harap-harap akan memuaskan hati ibu dan abah.”

“Tapi apa sebenarnya perasaan kau kak dekat Fawaz tu? Masih suka dekat dia?”

Ibu dan abah tak sibuk pun nak tahu tentang perasaanku terhadap Fawaz tapi dia pula yang terlebih. Nak saja aku jeling dia tapi aku tidak mahu ibu dan abah perasan akan perbuatanku itu.

“Entah. Akak belum sure lagi. Macam yang akak kata tadi, kalau ada jodoh, tak mustahil perasaan suka itu datang semula.”

Aku tahu Elman Zaquan geram dengan jawapan yang aku berikan tapi disebabkan ibu dan abah ada ketika ini jadi dia sukar untuk membalas kembali kata-kataku itu. Fawaz? Rasanya perasaan untuk lelaki itu tidak ada lagi di hatiku ini. Itulah yang aku rasa sebenar-benarnya.

.........................

Ketika aku hendak keluar makan tengahari, aku terserempak dengan Elman Zaquan. Dia bersama dengan perempuan! Patutlah hari ini dia tidak mempelawaku untuk makan tengahari bersama. Selalunya, aku pula yang tercari-cari alasan untuk mengelak dari makan tengahari bersama dengannya. Aku nampak perempuan itu meninggalkan keretanya di ruang parkir bangunan syarikat kami. Mesti Elman Zaquan mengajak perempuan itu keluar dengan kereta Elman Zaquan sendiri.

Kenapalah kereta aku parkir bersebelahan dengan kereta Elman Zaquan. Nak pusing balik, Elman Zaquan sudah nampak kelibatku. Nanti tak pasal-pasal dia fikir aku jealous tengok dia keluar dengan perempuan lain.

“Hai kak... Sorrylah Zeq tak bawa akak lunch sama sebab Zeq keluar dengan kawan. Anyway Dira, she’s my sister, Maria Alia.”

Pada mulanya aku hanya tersenyum tapi kini sudah berubah riak. Selama ini, jika Elman Zaquan memperkenalkan aku kepada teman-temannya yang baru aku kenal pasti dia akan memperkenalkan aku sebagai teman wanitanya tapi kenapa ketika ini dia memperkenalkan aku sebagai kakaknya pula? Hatiku sudah rasa lain macam. Malas nak layan perasaan yang tiba-tiba cengeng ini, jadi aku lemparkan senyuman manis semula.

“Hai Dira.”

“Hai Kak Lia.”

Memang cantik perempuan yang di hadapanku ini. Terdetik di hatiku, perasaan cemburu. Hishh! Perasaan yang mengarut!

“El, jomlah bawa Kak Lia sekali. Dira pun boleh kenal-kenal dengan dia. Kan El dah janji nak jumpakan Dira dengan family El.”

El? Mahu termuntah aku dengar. Manja habis! Macam mengada, ada juga minah depan aku ini. Okey! Aku dah mula rasa cemburu yang amat sangat. Ya Allah, tolong jauhkan perasaan ini dari aku.

“Ala... It’s time for uslah honeyYou can meet her next time. Jomlah sayang. Kak, Zeq jalan dulu.”

Aku terpaku bila melihat Elman Zaquan pergi meninggalkan aku tanpa bersetuju dengan cadangan Dira itu. Sehingga tiada lagi bayang kereta Elman Zaquan, baru aku masuk ke dalam kereta. Bingung dengan apa yang aku rasa kini. Hati terasa sakit, ngilu, pedih bagaikan dihiris dengan parang.

Patutlah dalam beberapa hari ini perangai Elman Zaquan seakan berubah. Tiada lagi kata pujukan untuk menerimanya sebagai teman lelakiku. Sungguh, aku mahu dia meneruskan pujuk rayunya itu. Tapi hari ini dia sudah ada teman wanita? Tanpa segan silu pula tu memanggilnya dengan panggilan honey dan sayang di hadapanku.

She’s my belove, man.”

Elman Zaquan memperkenalkan aku kepada kawannya ketika kami terserempak di Mid Valley. Ketika itu aku sudah tidak larat untuk menjelaskan apa-apa lagi, sudah banyak kali juga aku menegah Elman Zaquan daripada memperkenalkan aku sebagai teman wanitanya.

“Ohh... Wow impressed! Kau dah ada girlfriend sekarang ni. Dulu bukan main tak nak terima orang yang suka dekat kau, rupanya inilah dia bidadari kau.”

“Ya. Dia lah orang yang aku cintai.”

Tergeleng-geleng aku dibuatnya dengan sikap Elman Zaquan yang suka buat sesuatu dengan kehendak hatinya sendiri. Aku pula sudah malas untuk bersuara. Janji ibu dan abah tidak mengetahuinya.

Perutku berbunyi dengan kuat sekali untuk minta diisi. Aku tersedar dari kenanganku bersama dengan Elman Zaquan. Kenapa tiba-tiba saja aku rasakan sebegini? Kenapa tidak ada perasaan gembira di hati ini tatkala aku tahu yang Elman Zaquan sudah ada teman wanita?

Aku makan sikit saja ketika lunch itu, janji mengalas perut aku yang lapar ini walaupun aku sudah tidak ada selera ketika itu.

..............................


Semakin hari, kelibat Elman Zaquan jarang sekali ada di rumah. Aku benar-benar terasa dengan perubahannya itu sampai-sampai ibu dan abah juga perasan yang Elman Zaquan jarang melekat di rumah. Aku pula suka menyendiri kini kerana sedaya upaya aku tidak mahu terserempak dengan Elman Zaquan. Ya, mungkin Elman Zaquan sudah lupa dengan kata-katanya dulu bahawa hanya aku perempuan yang dicintainya.

“Cik Ria.. Makan. Makanan dah puan siapkan.”

Cepat saja aku beristigfar. Kerana melayan perasaan, aku lupa hendak menolong ibu menyediakan makan malam kami. Walaupun kak Ina ada tapi aku tetap ingin membantu ibu kerana ibu sememangnya tidak mahu pembantu rumah yang masak untuk keluarga kami. Kata ibu, dia mahu keluarganya makan masakan hasil tangannya. Pasti ibu tidak mahu mengganggu bila aku hanya berkurung dalam bilik setelah balik dari bekerja.

“Baik kak Ina. Sekejap lagi Ria turun,” laungku pula.

Bila sampai di meja makan, aku nampak Elman Zaquan juga ada di situ. Benar, aku merinduinya. Rindu untuk menatap matanya yang redup itu. Rindu dengan suaranya. Rindu dengan kehadirannya. Aku duduk berhadapan dengannya, dapatlah juga aku memandang wajahnya itu.

“Zeq sekarang ni ibu tengok dah tak lekat di rumah. Zeq pergi mana sebenarnya?”

“Jumpa kawan ibu,” jawab Elman Zaquan ringkas. Mahu saja aku mencebik. Jumpa kawan konon... Padahal jumpa makwe.

“Siapa? Orang yang kamu suka itu ke?” tanya abah ingin tahu.

“Tak adalah bah... Dia dah menjadi sejarah buat Zeq.”

Bila Elman Zaquan melontarkan kata-katanya itu, matanya memandangku. Hampir luluh rasa hati ini. Dia sudah tidak mencintaiku lagi! Sampai hati kau, Elman Zaquan. Kini mati sudah seleraku untuk makan.

“Kenapa pula Zeq? Dia masih tak suka dengan kamu ke?”

“Zeq ikut apa yang kak Ria cakap. Jangan mendesak jika orang itu tidak mahukan kita. So for me, she’s rightThank you kak sebab menyedarkan Zeq.”

Kau tahu tak yang kata-kata kau ni buat hati aku hancur! Bentak hatiku. Aku tidak membalas kata-kata Elman Zaquan itu.

“Sabarlah Zeq. Bukan jodoh Zeq dengan dia. Lagipun Zeq muda lagi. Banyak lagi masa nak cari calon yang sesuai. Abah yakin, suatu hari nanti pasti ada perempuan yang benar-benar sesuai untuk Zeq.”

“Ria dah kenyang. Ria naik atas dulu.”

Aku tahu ketiga-tiga manusia di hadapanku ini memandang dengan pandangan yang hairan tapi aku sudah tidak sanggup berlama-lamaan di situ. Jadi tanpa menunggu kata jawab dari mereka, aku terus membawa pingganku ke sinki dan membasuhnya walaupun kak Ina menegah supaya aku meletakkan saja pinggan itu di sinki tanpa membasuhnya.

Tiba saja ke dalam bilik, aku terus merebahkan badan ke atas katil dan menyembamkan wajahku ke bantal. Di situlah aku menangis dengan teresak-esak. Aku tidak menyangka bahawa aku akan mencintai adik angkatku yang ibarat seperti adik kandungku sendiri. Aku cuba menepis tapi cinta itu hadir tanpa dapat aku tegah. Aku teramatlah sedih, menyesal dengan penolakkan aku dulu. Menyesal dengan keegoanku dulu. Menyesal dengan cakap lapas aku dulu. Menyesal dan menyesal!

Setelah agak lama aku melayan perasaan yang kecewa ini, bunyi ketukan pintu memberhentikan tangisanku. Mungkin itu ibu. Hampir lemas juga aku dibuatnya kerana menyembamkan wajahku ke bantal supaya mengurangkan bunyi esakkan. Cepat tanganku menyeka airmata. Aku melihat wajahku di cermin. Mataku sembab! Cepat saja lampu bilik aku tutup supaya tidak menampakkan sangat wajah sembabku itu. Bila membuka pintu, Elman Zaquan yang terpacak di hadapan pintu.

“ Kau nak apa?” tanyaku dingin. Walaupun pun suaraku kedengaran sengau tapi aku cuba menggaraukannya. Memang kedengaran amat teruk sekali. Macam suara itik jantan!

“Ibu dan abah suruh periksa kau. Kau sakit ke?” Elman Zaquan bertanya agak dingin juga. Semakin membuatkan hati aku sakit dan kecewa.

“Tak. Ibu dan abah tak payah risau. Aku nak tidur.”

Bila aku hendak menutup pintu semula, tiba-tiba tangan Elman Zaquan menghalang.

“Apa lagi Zeq?”

“Aku nak cakap dengan kau.”

“Aku letih.”

Lagi sekali aku cuba menutup pintu tapi kali ini Elman Zaquan menolak pintuku sehingga aku terdorong kebelakang. Kini Elman Zaquan sudah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat.

“Kau ni kenapa Zeq? Dah hilang akal?” Marahku bila dia dengan selamba membuka lampu. Kini bilikku kembali terang.

“Kau yang patut tanya pada diri kau. Kau kenapa sebenarnya?”

“Jangan pedulikan aku lagi. Nanti tak pasal-pasal, ibu dan abah naik pula. Kau keluarlah cepat!” Aku menolak badan Elman Zaquan agar dia keluar dari bilikku tapi dia mengeraskan badannya.

“Kau tak payah risau, mereka dah masuk tidur. So tell me, what’s wrong with you?” tanya Elman Zaquan dengan lembut. Aku rindu dengan semua ini!

“Kau jahat! Kau tahu tak? Hati aku hancur, sakit, semuanya disebabkan kau!”

Aku terduduk di birai katil setelah meluahkan kata-kata itu. Air mataku kembali mengalir. Aku menutup wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Aku malu dengan semua ini. Rasanya seperti menjilat ludah sendiri. Tapi aku tak berludah!

“Ria, kenapa ni? Cuba terangkan pada Zeq.”

Elman Zaquan sudah duduk di sebelahku. Dia cuba mengalihkan tanganku dari terus menutup wajah. Mataku menentangnya.

“Setelah apa yang kau buat pada aku, kau buat aku jatuh cinta dekat kau dan sekarang kau senang-lenang kata aku hanya sejarah buat kau? Kau kata, hanya akulah perempuan dalam hati kau tapi semua itu hanya tipu! Kau memang jahat Zeq. Aku benci kau!” Tanganku memukul dadanya seraya itu air mataku juga mengalir tanpa henti.

Elman Zaquan menggenggam kedua-dua tanganku, aku pasti dia sudah terasa peritnya pukulanku itu. Aku cuba menarik tanganku tapi genggamannya begitu kemas sekali.

“Terima kasih sayang... Inilah yang Zeq tunggu-tunggu sebenarnya.”

Terkebil-kebil mataku bila Elman Zaquan berkata sebegitu. Apa maksud Elman Zaquan sebenarnya?

“Tu... Tunggu Apa?”

“Menunggu saat Ria meluahkan rasa hati terhadap Zeq.”

Aku melihat senyuman yang terpancar di bibir Elman Zaquan. Dia membawa tanganku menghampiri bibirnya lalu dikucupnya lembut.

“Hanya Ria wanita yang bertakhta di hati Zeq. Sayang kena ingat sampai bila-bila tau.”

Aku menggelengkan kepala. Seakan tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Elman Zaquan itu.

“Budak Dira tu? Kau jangan nak cuba tipu aku Zeq. Kau tahukan yang aku paling benci bila orang cuba nak tipu aku.”

“Dira... She’s my best friend sayang. Tak lama lagi dia pun nak kahwin. Semua ini hanya rancangan Zeq untuk buat Ria rasa cemburu. Jika rancangan Zeq ini tidak berjaya buat Ria cemburu maka Zeq akan berhenti berharap tapi bila Zeq nampak perubahan di wajah Ria bila Zeq kenalkan Dira, hati Zeq gembira sangat.

Dira sudi tolong Zeq dan Zeq juga terpaksa meminta izin tunang Dira untuk membuat rancangan ini. Alhamdulillah, akhirnya ianya menampakkan hasil.”

Lega hatiku mendengar penjelasan dari Elman Zaquan itu. Aku melentokkan kepala di bahunya. Senyuman sudah terukir dibibirku.

“ Jadi kenapa lately ni Zeq jarang ada dekat rumah?”

“Itu juga salah satu perancangan Zeq. Yang kononnya Zeq keluar dengan Dira. Zeq nak Ria luahkan rasa ketidakpuashati tu pada Zeq. Zeq sebenarnya keluar dengan kawan-kawan Zeq, semuanya lelaki. Rasa letih tu memang ada, bila balik kerja terus lepak dengan kawan-kawan. Ria nak tahu... Zeq betul-betul rindukan Ria. Dekat pejabat pun kita jarang jumpakan sayang?”

Aku mengangguk.

“Itu semua rancangan bodoh Zeq tu lah. Buat Ria sakit hati saja.”

Elman Zaquan tergelak kecil. Dia mengalihkan posisi badannya supaya berhadapan denganku. Tangannya memegang kedua-dua bahuku. Aku menatap mata Elman Zaquan tapi tidak lama kerana tidak sanggup berlawan mata dengannya. Hatiku juga berdegup kencang.

“Rancangan bodoh yang akhirnya menyatukan kita. Zeq cintakan Ria. Walau apa-apa pun yang terjadi, kita akan hadapinya bersama ya sayang?”

Aku mengangguk laju. Ya, sudah pasti aku akan menempuhinya bersama dengan Elman Zaquan.

Elman Zaquan berkira-kira hendak menarikku kedalam pelukannya tapi tiba-tiba saja tombol pintu bilikku dipulas dan ditolak kasar dari luar. Aku mahupun Elman Zaquan terkejut melihat kemunculan ibu dan abah itu.

“Apa yang kamu buat ni hah?!”

Suara abah sudah melengking. Kami sama-sama berdiri, Elman Zaquan menggenggam tanganku bagi menyatakan bahawa kami akan menghadapinya bersama.

“Abah... Sebenarnya Zeq... Zeq cintakan Ria bah.” Walaupun suara Elman Zaquan sedikit gugup, tapi aku tabik dengannya. Even aku sekalipun, mungkin tak tercakap bila di hadapan abah yang mencerlung matanya memandang kami.

“Apa kamu mengarut ni Zeq? Jangan ingat abah sayangkan kamu, kamu boleh buat sesuka hati saja!”

Abah sudah menghampiri kami. Ibu juga sebegitu. Wajah ibu nampak jelas masih terkejut dengan apa yang terjadi ini.

“Betul kata Zeq tu bah... Ria juga cintakan Zeq. Ria cintakan dia sangat-sangat.”

Terus saja abah menarik tanganku supaya jauh daripada Elman Zaquan.

“Kamu berdua jangan cuba nak naikkan darah abah. Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat ni!”

Abah benar-benar marah, habis timbul urat-urat di kepalanya. Aku semakin takut dan seram, takut darah abah naik mengejut.

“Kami tak buat apa pun bah. Zeq dan Ria...”

“Panggil dia kakak bukan Ria. Dia kakak kamu Zeq. Kamu kena ingat tu!”

Abah memotong kata-kata Elman Zaquan. Dia tidak mahu Elman Zaquan memanggilku dengan panggilan Ria.

“Abah...”

“Kamu diam Ria!”

Terketar-ketar tanganku menekup mulut. Sebak yang aku rasakan ketika ini. Abah tidak mahu mendengar penjelasanku dan kini hanya Elman Zaquan menjadi tumpuan abah.

“Abah... Sayang Zeq bukan lagi sayang seorang adik pada kakaknya tapi sayang dan cinta antara lelaki dan wanita.”

“Zeq...,” seru ibu.

“Betul ibu, abah... Selama ini, Zeq cuma pendamkan perasaan Zeq. Tapi Zeq tak dapat nak halang lagi bila hati Zeq benar-benar mencintai kak Ria. Dia adalah segala-galanya buat Zeq. Maafkan Zeq abah, ibu.”

“Tidak! Kamu tak boleh bersama. Walau apapun, kamu tak boleh bersama! Keluarga kita akan dicemuh. Walau hakikat kamu tidak melakukan apa-apa tapi sebagaimana yang abah fikir tadi tidak mustahil orang sekeliling akan fikir sebegitu juga.

Mereka akan fikir yang bukan-bukan terhadap kamu berdua. Sudahlah bersedudukan dan 
tidak mustahil kamu tidur bersama jika hati sama-sama cinta, itulah yang abah tidak mahu dengar bila orang mengata sedemikian!”

“Abah... Kami kenal dengan hukum agama bah... Dengan nama Allah, kami tidak pernah pun tidur bersama ketika dewasa ni. Abah sepatutnya percaya dengan anak-anak abah.”

Baru sekejap bahagia aku kecapi bersama dengan Elman Zaquan dan kini ianya seperti diragut dengan pantas sekali. Aku sudah menangis, menangis tanpa mempedulikan sesiapa. Ibu memelukku erat, cuba menenangkan aku.

“Ria jangan macam ni nak. Betul kata abah tu. Kamu sepatutnya tidak mempunyai perasaan sebegini. Pada pandangan orang sekeliling, kamu tetap adik-beradik dan tidak sepatutnya cinta mencintai.”

“Tapi Zeq bukan adik kandung Ria bu. Malah bukan juga adik susuan. Ria sudah menimbang baik buruk keputusan Ria ini sebelum memberitahu kepada Zeq bahawa Ria juga mencintai dia. Kenapa susah sangat ibu dan abah nak percaya?”

Ibu mengeluh. Aku tahu, hati ibu tidaklah sekeras mana berbandingan dengan abah.

“Abah kata tak boleh! Kamu hentikan perasaan kamu tu. Zeq, abah nak kamu berpindah ke Kuantan sekarang juga. Dan kamu Ria, esok tak payah uruskan hal syarikat lagi. Biar abah dan Zeq saja yang handle. Abah tak nak kamu saling berjumpa kecuali perasaan cinta itu sudah tidak ada di dalam hati kamu berdua.”

“ Abah!”

“ Bang!”

Aku, Elman Zaquan dan juga ibu bersuara. Tidak menyangka, begitu sekali keputusan yang abah buat. Kejamnya abah!

“Keputusan abah muktamad!”

“Bah...”

Terus aku menarik tangan abah dari berlalu pergi.

“Ria jangan sakitkan hati abah lagi. Apa yang abah putuskan ini adalah muktamad!”

“Ria..,” tegur Elman Zaquan dengan lembut. Aku tahu Elman Zaquan cuba untuk mengawal perasaan tapi nada suaranya sudah menyatakan bahawa dia juga bersedih akan keputusan yang abah lakukan.

Aku berlutut di hadapan abah. Ibu, abah dan juga Elman Zaquan terkejut dengan perbuatanku itu.

“Abah... Jika abah nak Zeq keluar dari rumah ni biarlah di siang hari... Tolong... Tolong abah. Sekarang dah malam benar... Ria mohon sangat-sangat bah.”

“Ria, Zeq tak apa-apa. Zeq boleh keluar dari rumah ni, walaupun sekarang tapi tolong Ria, bangun. Jangan macam ni. Jangan buat Zeq macam ni.”

Elman Zaquan cuba menghampiri aku tapi abah menghalangnya. Semakin kuat tangisanku. Sememangnya abah benar-benar tegas kali ini.

“Baiklah.. Abah setuju dengan permintaan Ria tapi dengan syarat. Malam ini Ria akan tidur dengan ibu dan abah pula akan tidur dengan Zeq. Sebaik saja esok pagi, abah nak Zeq berpindah ke Kuantan. Syarikat kecil kita.”

Aku memandang Elman Zaquan dengan sayu sekali.

Selama ini Pak Ngah yang diberikan kepercayaan dalam mentadbir syarikat di Kuantan itu kerana ianya adalah syarikat kecil sahaja dan kini Elman Zaquan akan dipindahkan ke sana. Tapi aku juga bersyukur kerana abah tidak membuang terus Elman Zaquan dari keluarga kami.

Sepanjang malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Selepas ini aku akan berpisah dengan Elman Zaquan ketika aku benar-benar mencintainya. Tidak sanggup aku rasakan. Abah benar-benar tidak memahami perasaan kami. Apa salah kami? Hanya kerana takut dicemuh masyarakat, abah buat keputusan melulu walaupun sebenarnya hubungan kami tidak ada yang salah pun.

..........................

Dua bulan sudah berlalu. Kini aku menjadi seorang yang pendiam. Aku kurang bercakap dengan abah dan ibu. Aku tahu, aku berdosa dengan mereka. Kerana cinta, aku tegar buat mereka begitu. Tapi abah yang memulakan. Bila aku mula bercakap dengan mereka dan cuba bertanya khabar Elman Zaquan. Abah mula bercakap yang bukan-bukan tentang hubunganku dengan Elman Zaquan.

Sudahlah simcard aku diambil oleh abah. Dia tidak menyuruh aku menghubungi Elman Zaquan. Jika dia tahu aku menelefon Elman Zaquan, pasti aku akan ‘dicuci’ dengan sebersihnya. Aku benar-benar rindu dengan Elman Zaquan. Aku tidak ada teman untuk meluahkan apa yang aku rasa. Kadang-kadang, ibu ada juga bertanya tapi apa yang boleh dia lakukan? Kalau abah sudah menetapkan yang aku tidak boleh bersama dengan Elman Zaquan, ibu tidak ada kuasa untuk melawannya.

Aku memandang komputer ribaku. Chatbox menyala. Aku tersenyum bila nampak nama El.Zeq yang keluar. Inilah cara kami berhubung dengan hanya menggunakan facebook sebagai perantaraan kami. Aku menoleh ke arah pintu, memastikan agar pintu bilikku tertutup rapat. Selama ini memang ibu dan abah tidak tahu bahawa aku berhubung juga dengan Elman Zaquan.

El.Zeq: Salam sayang.
Maria Alia: Waalaikumsalam. Zeq tengah buat apa tu?
El.Zeq: Tengah baring. Zeq tak sihat. Rasa sakit sangat.
Maria Alia: Kita skype sekarang juga! Ria nak tengok Zeq.
El.Zeq: Zeq tak larat. Ini pun sebab Zeq rindu sangat dengan Ria.

Aku mula menitiskan air mata. Tidak pernah aku merasakan sebegini ketika bercinta dengan Fawaz. Aku hanya mampu berserah, jika Elman Zaquan bukan jodohku, aku akan menutup hati ini untuk mana-mana lelaki.

Nama El.Zeq menyala lagi, menandakan ada mesej yang baru.

El.Zeq: Sayang... Are u still there?
Maria Alia: Ria nak skype juga! Tak kira! Cepat buka!

Aku sudah teresak kecil. Tidak ada sesiapa yang menjaga Elman Zaquan di sana. Pak Ngah pula bukan tinggal bersama dengan Elman Zaquan. Elman Zaquan hanya berseorangan.

Akhirnya Elman Zaquan akur. Kami berskype dan aku nampak wajah Elman Zaquan sangat pucat sekali.

“Zeq tak pergi klinik ke?” Aku tanya dia.

“Sayang, are you crying?” Tanpa menjawab pertanyaanku, Elman Zaquan melontarkan soalan dengan nada yang sangat lemah.

I miss you so much,” jawabku dengan deraian air mata.

Tiba-tiba aku melihat Elman Zaquan menggigil, bibirnya sudah bertukar warna. Sangat pucat sekali.

“Zeq sakit apa ni?” tanyaku lagi. Aku sudah tidak keruan bila melihat Elman Zaquan sebegitu.

“Ding.. ding..” Tanpa Elman Zaquan menghabiskan bicaranya, aku sudah meninggalkannya. 
Lalu keluar mencari kelibat ibu dan abah.

Aku sudah tersedu-sedan, tidak sanggup membiarkan Elman Zaquan sebegitu.

“Ria, kenapa ni?” tanya ibu cemas. Abah juga menghampiri aku.

“Sampai hati abah buat Zeq macam ni. Apa salah Zeq? Kalau pun bagi abah semua ni salah tapi bukan hanya kesalahan Zeq seorang. Zeq dah sakit sekarang ni. Dia kena denggi! Apa akan jadi kalau penyakit tu semakin melarat?”

Aku sudah tidak dapat mengawal perasaanku. Elman Zaquan sakit kerana denggi! Penyakit ini bukan boleh dibuat main. Aku melihat wajah kedua orang tuaku yang terkejut.

“Ria nak ke Kuantan! Ria dah tak kira. Ria nak Zeq selamat.”

Tanpa menunggu jawapan dari ibu dan abah, aku meninggalkan mereka. Ingin bertukar pakaian. Sebaik saja aku siap memakai tudung, ibu datang mendekati aku.

“Kita pergi sama-sama. Ibu juga rindukan Zeq.”

Aku mengelap air mata yang mengalir berserta dengan air yang mengalir dari hidung. Setelah hanya akur dengan cadangan abah yang ingin ikut serta, aku baru teringat tentang Skype yang terpasang. Aku juga sedar yang Elman Zaquan sudah offline. Arghh! segalanya 
rasa macam bercampur-aduk.

Aku mendengar abah menghubungi Pak Ngah. Dia menyuruh Pak Ngah datang menjenguk Elman Zaquan sementara menunggu kedatangan kami. Dalam perjalanan, aku menitipkan doa agar Elman Zaquan sihat seperti sediakala.

“Sabar Ria.. Abah pasti Zeq kuat. Zeq anak abah, abah tahu kemampuannya,” kata abah.
Aku hanya diam membisu. Bila Elman Zaquan jadi sebegini, baru abah nak kata macam tu. Dulu abah tak pernah fikir tentang Elman Zaquan. Apa akan terjadi pada dia di sana, macam mana makan minumnya. Siapa yang uruskan pakaiannya. Aku tahu, Elman Zaquan seorang yang pandai bawa diri. Tapi bila sudah jadi macam ini, aku percaya, Elman Zaquan terasa seperti dibuang dari keluarga.

“Hanya kerana kami suka sama suka, abah tegar halau Zeq dari rumah. Bila hati Ria dah terbuka untuk bercinta, abah halang Ria. Apa salah kami? Penting sangat ke pandangan masyarakat sampai abah sanggup melihat anak-anak abah menderita?”

Ibu yang sama duduk di belakang menggenggam tanganku. Mungkin hendak menenangkan aku. Abah pula hanya diam tidak berkutik di tempat duduk penumpang di hadapan. Mungkin dia malu dengan Pak Samad, driver kami. Bukan niatku untuk memalukan abah tapi aku sudah tidak dapat menahan perasaan hiba. Hatiku sangat pilu sekarang ini. Kenapa orang tak faham apa yang kami rasa? Aku sudah dewasa, sudah suku abad aku hidup dalam dunia ini, jadi sedikit sebanyak, aku tahu ragam manusia.

Mungkin pada awalnya, pasti orang akan bercakap tentang hubunganku dengan Elman Zaquan. Mungkin juga memandang serong pada kami sekeluarga. Tapi, sudah namanya manusia, mulut manusia ini susah hendak ditutup. Kami hanya perlu diam, lambat laun pasti akan senyap juga. Yang penting, Allah tahu kebenarannya.

“Abah minta maaf Ria. Abah tahu cara abah salah. Abah juga tak nak kehilangan kasih sayang anak-anak abah. Cuma... Kita hidup bermasyarakat, kadang-kadang pandangan mereka akan membuatkan kamu jatuh tersungkur. Abah tak nak hanya kerana cakap-cakap orang, hubungan kamu yang terjalin akan jadi musnah. Jadi abah buat sebegitu sebelum terlambat.”

“Tapi dengan macam ni pun dah buat kami rasa tersungkur, abah! Kita tidak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Kita tak dapat nak jangkakan. InsyaAllah, jika kita semua bersatu, hubungan kami tak akan musnah. Dan Ria yakin dengan keputusan Ria untuk memilih Zeq sebagai suami Ria.”

Dengan penuh yakin aku berkata pada abah dan ibu. Sudah dua minggu berturut-turut aku sembahyang istikarah. Dan dua malam yang lepas, aku ternampak wajah seseorang dalam mimpi, seorang yang tidak dapat aku lepaskan pergi, dan dia adalah Elman Zaquan.

“Abang... Biarlah mereka bersama. Anak-anak kita berhak bahagia. Dah lama saya tak nampak Zeq, saya rindukan anak saya bang.” Ibu mula bersuara. Dia juga turut mengeluarkan air mata. Aku yakin, ibu rindu dengan kerenah Elman Zaquan. Ketika Elman Zaquan menyambung pengajiannya, ibu tidak sebegini kerana hampir tiap-tiap hari Elman Zaquan menghubungi ibu. Tapi disebabkan hal ini, ibu sudah disekat dari menghubungi Elman Zaquan. Kata abah, itulah denda untuk Elman Zaquan.

Abah mengeluh. Mungkin berfikir sedalam-dalamnya.

“Abah izinkan..,” kata abah dengan nada perlahan tapi jawapan abah itu membuatkan telinga aku tajam mendengarnya.

Aku memeluk abah dari tempat duduk belakang. Biar dia lemas dengan pelukanku.

“Terima kasih abah. Terima kasih ibu.” Aku mencium pipi ibu. Rasa gembira yang amat sangat! Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan Elman Zaquan. Aku mahu penyakitnya sembuh dengan secepatnya. Mungkin jika dirawat dengan sebaiknya, pasti dia akan bebas dari denggi.

Sampai saja di Bandar Kuantan. Kami di bawa ke hospital. Hati aku sudah berdebar yang amat sangat. Semakin berdebar bila kami menuju ke emergency room. Abah sudah berlari-lari anak untuk mendapatkan Elman Zaquan yang sudah terkulai layu di katil.

“Zeq... Macam mana dengan Zeq? Denggi Zeq tahap mana?” tanya abah cemas. Ibu juga turut mengusap rambut Elman Zaquan. Air matanya mengalir dengan deras. Sama saja macam aku.

“Denggi?” tanya Elman Zaquan.

Aku sudah pelik. Kenapa nak tanya lagi. Dah memang denggi, denggilah!

“Siapa denggi abah?” tanya Elman Zaquan lagi.

“Zeq lah. Siapa lagi!” jawabku geram. Dah dia yang denggi, takkan orang lain pula?

“Nauzubillah! Minta dijauhkan.”

“Zeq jangan nak cuba menyembunyikan penyakit Zeq, Ria sanggup hadapi. Kita sama-sama hadapi Zeq.” Aku cuba memberikan Elman Zaquan semangat agar dia tidak rasa rendah diri.

“Ya Allah. Zeq tak ada penyakit. Sekarang cuma demam aje, kekurangan air dalam badan. Tekak rasa perit, hidung tersumbat, kepala rasa nak pecah. Demam aje. Lepas ni, Zeq dah boleh keluar.”

Ketiga-tiga kami sudah ternganga. Abah melihat aku, ibu juga sebegitu. Meminta penjelasan.

“Yang tadi Zeq kata deng.. tu apa?”

“Dingin la Ria bukan denggi. Dah tahu suara Zeq macam mana.. mestilah cara sebutan pun tak berapa nak betul. Bila Zeq sebut ding, Ria dah cebut lari tinggalkan Zeq.”

“Dah kau cakap macam tu. Aku fikirlah denggi. Buat sakit hati aje dia ni.”

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu, lekas-lekas aku bersuara, “Abah akan kotakan apa yang abah dah cakap tadi? Jangan sebab Zeq tak ada penyakit, abah nak tarik balik apa yang abah dah cakap.”

Abah dah buat muka. Macam nak tarik balik apa yang dia katakan tadi. Cepat saja aku menghampiri Elman Zaquan dan berkata, “abah dah izinkan kita bersama Zeq. Bulan depan dah boleh nikah.”

Suka hati aku saja memberikan keputusan. Elman Zaquan kelihatan terkejut. Akhirnya senyuman terukir di bibirnya. Aku lihat abah, dia merenungku macam tak percaya apa yang didengarnya. Tapi aku tahu, abah cuba nak senyum. Nampak sangat dia mengulum senyuman.

Ibu jangan cakap, kalau ibu sudah gembira, dia tidak akan terkata. Hanya memelukku, tanda dia gembira dan bersetuju.

............................

Selesai saja Elman Zaquan melafazkan akad nikah, aku menarik nafas lega. Mana tidaknya, dia tak pass sekali lafaz. Lepas itu, lafaz kedua, tak lepas juga. Orang mula dah bercakap-cakap, ada yang geli hati melihat Elman Zaquan yang nampak mengelabah sangat.

Sampai imam yang ada di situ berkata, “Tolong hulurkan air pada pengantin ni, kalau ada air zamzam lagi elok. Nampak sangat basah kuyup.”

Aku yang gementar pun turut tersenyum. Memang nampak sangat wajah Elman Zaquan pucat. Sudah pasti Elman Zaquan basah kuyup disebabkan peluh gemuruh dia. Ibu sudah hulurkan air zamzam pada Elman Zaquan, habis satu cawan diminumnya.

Bila sudah lafaz ketiga, Alhamdulillah. Lancar dia melafazkannya. Aku pula, tanpa sedar mengalirkan air mata. Air mata kegembiraan bila sudah menjadi isteri kepada Elman Zaquan.

Setelah Elman Zaquan sembahyang sunat, acara membatalkan air sembahyang pula. Hati aku berdebar. Rasa nak pecah pun ada.

“Ria senyum sikit nak. Kenapa muka tegang semacam ni?” tanya ibu. Haih! Memang tegang macam kena cucuk botox! Aku cuba tersenyum tapi bila Elman Zaquan semakin menghampiri, aku dah tak tentu hala. Mata liar lari ke mana-mana. Malu hendak pandang wajah suami sendiri.

“Hulurkan tangan Ria.” Ibu memberikan arahan bila melihat aku seakan terpaku, tidak tahu hendak buat apa.

Lembut saja tangan Elman Zaquan mencapai tanganku. Dia menyarungkan cincin yang kami sama-sama beli di Tiffany & Co. Aku juga buat perkara yang sama pada Elman Zaquan. Setelah menyarungkan cincin, aku mencium tangannya.

Dalam hati aku berkata, dialah suamiku, dialah ayah kepada anak-anakku. Dialah yang akan membimbingku ke syurga. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga akhir hayat.

Inilah part yang paling aku suka dan aku idamkan. Si suami mencium dahi isterinya. Bila ibu sudah menyuruh Elman Zaquan mencium dahiku sikit. Aku sudah mula menutup mata. Standby!

Tunggu punya tunggu, belum ada sesuatu yang melekat di dahiku. Aku dah nak geram.

“Boleh pandang abang sekejap?”

Wahh! Elman Zaquan nak aku panggil dia abang. Memang sedikit janggal tapi dia suamiku, apa yang dikehendakinya, pasti aku akan menurut.

Aku memandang Elman Zaquan.

“Terima kasih kerana sudi jadi permaisuri abang. Abang akan menjaga Ria melebihi abang menjaga diri abang sendiri. Terima kasih sayang. I love you so much.”

Aku sudah tidak dapat mengawal air mataku. Menitis tanpa sempat aku seka. Elman Zaquan mendekatkan wajahnya lalu dia mengangkat daguku. Dan... Part yang aku nantikan telahpun tiba. Aku rasa bahagia sangat. Flash kamera di sana sini. Membuatkan aku tersipu malu. Bertambah malu lagi bila Elman Zaquan memberikan extra part iaitu mencium kedua-dua belah pipiku.

Alhamdulillah, bila dua bulan dikuarantin oleh abah untuk berpisah dan tidak boleh berjumpa dengan Elman Zaquan, kami akhirnya disatukan (walaupun aku curi-curi berchat dengan dia). Disatukan menjadi suami isteri. Ketika persediaan untuk pernikahan kami, memang sudah ada desas-desus mengenai kami dipertikaikan. Ada yang kata aku sudah terlanjur dengan Elman Zaquan, ada yang kata aku sudah terdesak mahu berkahwin. Bermacam-macam ada yang kata. Tapi seperti apa yang aku pernah katakan dulu, biarlah kami berdiam diri, menjelaskan pada ahli keluarga yang terdekat saja. Yang kami percaya, tidak bersangka buruk dengan kami. Hakikatnya, Allah tahu segalanya.

Aku akan menyambut bulan Ramadhan buat pertama kalinya bersama dengan seorang suami. Bahagianya aku. Statement aku kakak kau, bukan kekasih tu sudah aku buang jauh-jauh dari jiwaku. Elman Zaquanlah kekasihku, suamiku, buah hatiku. Aku bukan kakak dia lagi. Akulah isterinya, kekasihnya, kesayangannya dunia dan akhirat. InsyaAllah...

P/S: Terima kasih kerana sudi baca. Maaf jika ada kekurangan :)

32 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih wani... :) kerana sudi baca cerpen ne.

      Delete
  2. Wow cam real lak...th best hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada yang real la.. kekeke.. kut penulisnya semangat nak kawen.. Aik? kekekkeke

      Delete
  3. best2.. u mmg ada bakat..keep it up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik suhana.. terima kasih juga sbb sudi baca cerpen saya :)

      Delete
  4. watak kak ria jauh berbeza dengan dia rasanya.. hehehe.. suka2.. the new look of ria. ahaks.. likee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jauh berbeza.. saya cuma gunakan nama dia saja. Ria. kalau ada sikit persamaan dalam diri dia.. itu kira bakat terpendam.. kekeke. thanks sbb sudi baca ya yad.

      Delete
  5. diabetesdiabetes *joking jee*. huhu. sweet!! bersatu jgak akhirnyaa..



    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... darah tinggi dan kencing manis bersatu... kkekek.. terima kasih kDija sbb sudi baca AKKBK :)

      Delete
  6. Bessttttt :D....sepatah pon tak tertinggal ni..hehe :-). ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik Zura.. terharu juga sbb cik zura sudi komen cerpen saya yang tak seberapa ne :)

      Delete
  7. so sweetttttt <3 adeyy , Elman Zaquan , bijak betul buat plan nak suruh Maria Alia cemburu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sya... hehehe.. dia kena wajib bertindak sesuatu.. kalo tak, keras kepada Maria Alia takkan luntur :)

      Delete
  8. Replies
    1. terima kasih eiyra sbb sudi baca AKKBK :)

      Delete
  9. Sweetnya...#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih NurAtiza sbb sudi baca AKKBK :)

      Delete
  10. Best sis story ni romantik gila gud job Eina nariko suka (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Eina Nariko... Alhamdulillah, AKKBK dapat diterima ramai. :)

      Delete
  11. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
    romantik giler....sukanya

    ReplyDelete
  12. best sangat and sweet suke2

    ReplyDelete
  13. insya Allah.....
    sweet je...

    U mmg superb.

    ReplyDelete
  14. Nice loving story i feel like want to cry after reading this love story thanks to the creater of this love story,give big thanks to Farisyah Natasha :)

    ReplyDelete
  15. alahaiii comelnya mereka berdua ni .... :D malu tapi mau ..

    ReplyDelete
  16. Best

    Sangat........:-)








    ReplyDelete
  17. bestnyaaaaaaaaaaaaaa....bole tak buat sambungan lagi??hehe

    ReplyDelete
  18. bleh dflem kn @ ddrma kn d tlvsyen krya ney.. sngat mnrik ksah nya..

    ReplyDelete

 

Diari Terindah Farisya Natasha Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template