BAB 8
Hanif cuba menarik nafas dalam. Dia
datang lagi ke tadika milik Hanina. Pandangan mata dibiarkan melihat
sekeliling. Kini dia sudah tidak kisah, jika ada mata yang memandangnya kerana
kerap datang ke situ. Dia juga tidak kisah lagi jika penerimaan Hanina
berlainan kali ini. Apa yang penting, dia mahu berusaha menawan hati Hanina.
Itu tekadnya.
“Assalamualaikum Encik Hanif, nak
jumpa Eqi ya?” sapa salah seorang pengawal keselamatan.
Terkejut juga Hanif dengan sapaan
itu. Dia tidak menyangka, pengawal keselamatan itu tahu namanya.
“Eqi... balik dari sekolah terus
pesan pada saya, kalau encik datang, dia suruh masuk. Sebab dia yakin, encik
akan jumpa dia petang ni.” Mungkin kerana perubahan di wajah Hanif menyebabkan
pengawal keselamatan itu menjelaskan padanya.
Tersenyum Hanif. Terselit rasa
bangga kerana Rafieqi terkenangkan dia. “Memang nak jumpa dia. Dia kat mana ya?
Boleh saya masuk?” saja mahu berbasa-basi pada pengawal yang bertugas.
“Boleh encik. Lagipun encik ni pun
kawan Puan Nina. Silakan..” Setelah Hanif bersalaman dengan pengawal
keselamatan itu, dia meneruskan langkah untuk masuk ke kawasan tadika.
“Uncle Hanif!” baru saja beberapa
langkah masuk ke kawasan tadika, namanya sudah diseru. Semakin lebar senyuman
Hanif bila melihat Rafieqi berlari ke arahnya lalu memeluknya.
“Kenapa uncle lambat datang?” tanya
Rafieqi sebaik saja pelukan dilepaskan.
“Uncle kerja, sayang. Tapi sekarang,
uncle dah datang, kan?”
Cepat saja Rafieqi mengangguk. Dia
tidak kisah selewat mana pun Hanif, yang penting, Hanif datang.
“Ingatkan, uncle tak datang.”
“Abang Eqi.. Ini siapa? Papa abang
eh?” tiba-tiba ada kanak-kanak perempuan yang bersama ayahnya datang menegur
Rafieqi.
Rafieqi memandang Hanif dan
kanak-kanak perempuan itu silih berganti. Hati Hanif terasa hiba dengan
pandangan yang Rafieqi lemparkan itu.
“A’ah... Saya papa Eqi. Hai.. Siapa
nama?” rambut si kanak-kanak kecil itu digosok lembut.
“My name is Idora. Kita kawan abang
Eqi. Hmm.. Tapi kenapa papa Abang Eqi selalu tak ada?” petah Idora berkata-kata
yang membuatkan Hanif kelu seketika.
“Dora...” tegur ayah Idora. Mungkin
sedar, si anak sudah bertanyakan sesuatu yang peribadi.
“Tak apa. Budak-budak. Kita tak
jangka apa yang akan keluar dari mulut mereka,” ujar Hanif.
“Maaf. Idora ni memang jenis yang
busy body. Semua benda dia nak tahu. Maaf ya encik..”
“Hanif. Tak apa...”
“Saya, Kamal. Okeylah.. nak balik
dulu. Mama dia dah tunggu dalam kereta.”
Bila
Kamal dan Idora berlalu pergi, Hanif melihat Rafieqi sudah tunduk membisu
walaupun tangan masih erat memegang jari-jemari kiri Hanif.
“Eqi kenapa ni, sayang?”
“Kenapa semua orang nak tahu siapa
papa Eqi?” Rafieqi bersuara. Suara yang tidak seceria tadi.
“Eqi tak suka kalau uncle jadi papa
Eqi? Tak suka kalau orang tahu yang uncle ni, papa Eqi?” Rafieqi mendongak
memandang Hanif. Matanya ibarat bercahaya bila mendengar kata-kata dari Hanif
itu.
“Nak! Tapi umi...” bagaikan tersekat
air liurnya bila Rafieqi menyebut ‘umi’.
“Kalau umi tak suka, janji Eqi suka
pun dah cukup.”
“Papa..”
“Hah?” Kali ini, dia pula bagaikan
terkesima bila dengan secara mengejut, Rafieqi menyebut ‘papa’.
“Eqi panggil uncle, papa. Because,
you are my papa, right?”
“Yes, ofcourse.”
“Okey! Now, kita masuk ya.. nak
bagitahu umi, papa datang.”
Cepat benar mood Rafieqi berubah
hala. Apa yang menjadikan dia semakin kelu, Rafieqi tidak janggal memanggilnya dengan
panggilan papa. Adakah benar anak ini dahagakan kasih sayang seorang ayah?
Sungguh, hati rasa tersentuh!
“Umi...” Daun pintu ditolak
perlahan. Nampak wajah Hanina yang khusyuk memandang komputer itu.
“Assalamualaikum,” ujar Hanif. Dia
sudah nampak perubahan di wajah Hanina. Dan wanita itu hanya menjawab salamnya
dengan nada yang perlahan.
“Umi belum habis kerja ke? Kalau
belum, boleh tak Eqi jalan-jalan dengan papa.”
“Papa?”
“A’ah.. Papa Hanif.”
Mata Hanina mencerun memandang
Hanif. “Eqi, umi nak cakap dengan uncle Hanif sekejap. Eqi boleh tak suruh, Mak
Esah sediakan kopi panas untuk umi.”
“Eqi panggil uncle, papa.” Rafieqi
memperbetulkan panggilan yang Hanina gunakan itu.
“Iyalah-iyalah. Pesan kat Mak Esah,
kurang manis. Dan jangan tutup pintu bila keluar.” Arahan yang diberikan cuma
sebagai alasan saja supaya ada ruang untuk dia berbicara dengan Hanif.
Bila kelibat Rafieqi sudah
menghilang, Hanina sudah melancarkan perangnya. “Lepas ni, apa lagi yang awak
nak buat pada Eqi? Saya tak suka dia panggil awak, papa. Papa dia bukan awak
dan dia juga bukan anak awak. Suruh dia tukar panggilan tu lepas ni!”
“Saya tak akan buat begitu. Bagi
saya tak salah. Semua tu hanya panggilan. Lagipun, macam mana lagi saya nak
terangkan dekat awak, saya sayang dan cintakan awak. Saya sayangkan Eqi. Saya
nak dia jadi anak saya.” Walaupun sedikit terasa dengan kata-kata Hanina, Hanif
cuba bersabar. Tidak layakkah dia untuk bergelar seorang ayah? Dia sudah lama
bersedia.
“Jangan nak mengarut!”
“Tak ada benda karut yang saya
cakapkan sekarang ni, Hani. Mungkin awak tak percayakan keseriusan saya dalam
hal ini. Tapi saya boleh jumpa parents awak dan bagitahu bahawa saya ingin
melamar awak.”
“Saya tak akan terima awak. Lepas
ni, jangan buang masa lagi datang sini dan jangan sekali-kali berikan harapan
pada Eqi lagi. Saya rasa, awak memberikan dia impak yang bu...”
“Umi! Kopi dah siap.” Kata-kata
Hanina terhenti bila Rafieqi datang bersama dengan Mak Esah.
“Puan... Kopinya.”
“Okey. Letakkan kat situ aje mak
Esah.”
Hanif menoleh kebelakang untuk memastikan
Mak Esah sudah beredar dari situ. “Awak jangan la minum kopi selalu. Kopi ni
tak bagus untuk kesihatan. Saya nak hidup dengan awak selama yang mungkin jika
kita ditakdirkan untuk bersama. Dan saya mahu awak sentiasa sihat untuk
menjalani kehidupan yang bahagia bersama saya.”
Bulat mata Hanina bila Hanif dengan
selamba berkata begitu. Hanif sekarang sudah berani berkata yang mengarut!
Bentak hati Hanina. Cepat saja dia memandang Rafieqi, nasib baik si anak itu
leka bermain game dari telefon bimbit Hanif. Entah bila pula Hanif memberikan
telefon bimbit itu pada Rafieqi.
“Tolonglah Hanif... Jangan macam ni,
jangan desak saya.”
“Saya tak desak awak, Hani. Saya
cuma nak awak tahu, saya sayangkan awak dari dulu lagi. Cuba buka hati awak
untuk mengenali siapa saya yang sebenarnya. Dan bila awak sudah mengenali saya,
tahu kerenah saya macam mana, kalau awak nak tolak saya masa tu pun, saya tak
akan halang awak. Sebab saya tahu, saya mungkin tidak sesuai untuk awak.”
Hati Hanina bagaikan diketuk dengan
kata-kata Hanif. Selama enam tahun menjadi ibu tunggal, dia langsung tidak
memikirkan tentang lelaki lagi. Baginya, tanpa lelaki, dia masih boleh hidup di
dunia ini. Lagipun, cukuplah Rafael, lelaki yang pernah mengecewakan hatinya.
Dia tidak mahu kejadian itu berulang kembali.
“Umi... Jomlah kita jalan.” Rafieqi
sudah mula kebosanan. Dia tidak tahu apa yang Hanina dan Hanif katakan. Apa
yang dia hendak tahu adalah, dia mahu berjalan-jalan bersama dengan Hanif.
“Kejap lagi kita jalan. Umi kemas
barang-barang umi dulu.” Hanina langsung tidak memperdulikan Hanif yang hanya
tegak berdiri itu, lalu mendekati meja kerjanya dan mengemas apa yang patut sebelum
mereka pulang.
“Kita bawa papa sekali ya, umi?”
“Uncle Hanif sibuk. Dia tak ada masa
nak keluar jalan.” Cepat saja Hanina menjawab permintaan Rafieqi itu.
“Saya tak sibuk pun. Macam mana awak
tahu saya sibuk?” Sebaik saja Hanif berkata sebegitu, terus Hanina mengangkat
wajahnya.
“Uncle Hanif letih, Eqi walaupun dia
tak sibuk.” Jika Hanif tidak mahu mengalah, dia hanya perlu berkompromi dengan Rafieqi.
“Papa tak letih pun, Eqi. Kenapa umi
cakap macam tu ya? Papa memang nak jalan dengan Eqi.”
“Yeay!” Sorak si anak kecil itu.
“Tak baik kita bertengkar depan Eqi.
Kalau awak buat macam tu, awak sendiri yang memberikan dia impak yang buruk.”
Hanif mendekati Hanina yang sudah kembali mengemas kertas-kertas yang
berselerakkan di atas meja itu lalu membisikan kata-kata yang pasti akan
membuatkan Hanina bertambah marah akan dirinya.
“Awak!” Jari telunjuk naik tepat ke
arah Hanif.
“Dengan wajah awak yang merah
menyala macam tu, menjadikan awak semakin cantik di mata saya.”
Sebelum Hanina menghemburkan
amarahnya, Rafieqi sudah tergelak. “Umi Eqi memang cantik, papa.”
“Iya.. Sebab tu papa puji umi. Tapi
umi Eqi ni, garang sangat la. Selalu marah papa.”
Beg tangan diambil lalu tangan
Rafieqi dicapai. “Jom. Kita balik.”
“Tapi papa..”
“Eqi nak umi ke, dia?” Rafieqi sudah
tidak mampu berkata-kata. Dia tidak menyangka Hanina akan serius begini. Antara
Hanina dan Hanif, sudah pasti dia akan memilih Hanina tapi Hanif..?
“Hani... I’m sorry okay. Jangan la
macam ni. I’m begging you, dear.”
Ternyata Hanina hanya memekakkan
telinga. Menonong keluar dari bilik kerjanya.
“Kak Leha, saya balik dulu. Jangan
lupa kunci apa yang patut,” pesan Hanina pada Kak Leha.
“Iya puan.”
Geram semakin meninggi bila tanpa
malu, Hanif masih mengekorinya. Sampai saja di kawasan taman tadika, dia nampak
seperti ada seorang lelaki yang bercakap dengan pengawal keselamatan di sebalik
pagar itu. Dia tidak pasti siapa, jika ayah kepada budak-budak tadika, rasanya
semua sudah balik.
“Puan, encik ni nak jumpa puan,” beritahu
pengawal keselamatan itu sebaik saja dia mendekati majikannya.
Mata dikecilkan, cuba melihat dengan
lebih teliti lagi lelaki yang berada di luar pagar itu. Hanina tersentap, kaki
yang tadi melangkah menghampiri ke arah pondok pengawal itu bagaikan tidak
mampu bergerak lagi. Kaku di situ.
“Suruh dia tunggu kat situ.” Hanya
itu yang mampu Hanina katakan pada pengawal keselamatan itu.
“Hanif...” panggil Hanina. Sungguh,
dia sangat takut sekarang ini. Tangan Rafieqi ditarik untuk dekat dengannya.
Jantung Hanif berdetak dengan laju
bila melihat Rafael berada di luar pagar. Dia juga yakin, Rafael nampak
kelibatnya di situ.
“Hani..”
“Tolong saya... Dia..”
“Saya tahu... Tapi awak tak boleh
macam ni. Depan security pula tu. Apapun, awak kena berbincang. Takkan awak nak
biarkan dia terlongok kat situ. Nanti orang yang tak tahu cerita, akan jadi
tahu pula jadinya.” Hanif memberikan nasihat untuk Hanina. Dia tidak mahu
Hanina mendapat susah. Takkan Hanina hendak bertelagah di sini. Di depan
pengawal keselamatan.
“Saya ada bersama awak, Hani. Jangan
takut.”
“Awak pegang Eqi. Jangan lepaskan
dia.” Rafieqi diserahkan pada Hanif. Kali ini, dia hanya mempercayai Hanif.
Entah kenapa, hanya lelaki itu saja yang dia ada.
Kaki kembali melangkah mendekati
Rafael. “Kita jumpa di taman depan tu.”
“Nina...”
“Don’t say anything. Kalau nak, ikut
saja. Dan kalau tak nak, pergi dari sini.” Tegas Hanina memberikan kata arahan.
Dia tidak tahu apa punca Rafael datang berjumpa dengan dirinya. Dia benci
melihat lelaki itu tapi untuk bertekak di hadapan kawasan tadika dan pengawal
keselamatan, rasanya itu bukan cara yang baik untuk dia lakukan.
“Awak temankan saya, boleh?” Rasa
marah pada Hanif sudah hilang entah ke mana. Apa yang penting, dia perlukan
Hanif ketika ini.
“Boleh..”
“Awak drive kereta saya, boleh?”
“Boleh, sayang.”
“Saya tak ada masa nak bergurau
sekarang ni.”
Aduh! Dengan aku-aku sekali kena
sound, gumam hati Hanif. Kali ini, dia tidak akan terlepas. Hanina pasti akan
tahu bahawa dia adalah kawan Rafael. Dan dia juga tidak tahu penerimaan Rafael
nanti. Sedangkan dia sedar perubahan di wajah Rafael bila ternampak kelibatnya
di situ.
Rafael menggenggam kuat buku
limanya. Dia sudah sampai ke taman yang dimaksudkan Hanina. Entah kenapa,
hatinya terasa sakit. Dia kenal dengan lelaki yang bersama Hanina itu. Hati
semakin memberontak, bila melihat seorang budak lelaki yang nampak sungguh
akrab dengan Hanif. Apa dia buat kat situ? Apa sebenarnya hubungan Hanif dengan
Hanina? Mengenang kembali seraut wajah yang sudah nampak lebih matang
berbanding dengan gambar yang dilihatnya semalam, membuatkan hatinya teruja
mahu berdepan dengan Hanina. Dia semakin cantik!
“Rafieqi...” Nama si anak disebut
perlahan. Anak itu langsung tidak memandang dirinya tadi. Ah! Sudah pasti
Rafieqi tidak mengenalinya. Tak lama lagi... Mereka pasti akan menjadi milik
aku semula. Harta yang sangat bernilai. Tak akan aku lepaskan dengan mudah.
Sekarang, bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan Rafael tapi kebahagiaan.
Kebahagiaan bersama dengan anaknya dan sudah pasti untuk menjadi keluarga yang
sempurna, dia mahukan Hanina sebagai pelengkap keluarganya.



Eleh br nak pandang nina ngan eqi . Kan dia suruh gugurkan ada hati nak ngaku ayah plak :-(
BalasPadamBetul le. batu nk kenal intan dn permata.
Padammemang betul belaka... bila semua terjadi, baru nak sedar.. Terima kasih sebab sudi baca ya..
Padamxmo....hanif,jgn lepaskn niina
BalasPadammemang hanif takkan dia lepaskan.. Terima kasih sebab sudi baca ya..
Padampadammuka baru nak terhegeh2 2la dulu pandang sgt muke bini ko yang curang 2.. sekarang baru nak cari nina.. egi go to papa hanif sayang..heheheh
BalasPadammemang padanmuka sangat2 buat dia.. dulu bukan mainkan.. berlagak sangat. kekeke. anyway Terima kasih sebab sudi baca ya..
Padamterlalu yakin nye rafael,belum pape terus wat andaian sndri,pasti ke begitu mudah mendapat kan semula sesuatu yg di buat cam sampah dulu!!!murah nye cinta n kasih sayang rafael pada isteri yg pernah dicerai kan bak tk punya harga diri ngan mimilih kekasih ati,pastu dgn mudah nk kembali disisi anak isteri.pelik nye rafael ne mane ego tu tk kan nk jilat ludah yg jelas tak berbekas tu...cermin n muhasabah lah diri ti dulu rafael,baru leh nak wat ape pun andaian...hehe teremo lah dek,n sory terlebih merapu...
BalasPadamtakpe kak.. kita emo sama2.. memang mengada betulkan mamat macam dia tu.. lepas ne, dia akan semakin menyampah la.. hihi. Terima kasih kak sebab sudi baca ya..
PadamArghhhh x nak2... I want hanif plzzz......bila la hani nk lembut hati nk trima hanif ni...sian.kat hanif..hehehhe
BalasPadamroza....
saya nak hanif juga sis.. hihi.. nanti, pasti nina akan lembut hati. anyway Terima kasih sis sebab sudi baca ya..
Padamakak benci manusia yg bernama rafael..mntak2 hani perknalkan hanif sbg suaminya...
BalasPadamhihi.. dah kenalkan dah kak.. Terima kasih sebab sudi baca ya..
PadamTak mau Rafael bersama Hanina....
BalasPadamNak Hanina dengan Hanif juga....
stuju! hanif lg layak
PadamBoleh x Rafael ni dok kat tepi je...Jgn bg Hanif susah nak pikat Hanina...
BalasPadamterima kasih pada yang sudi baca JAPH.. Bila ada masa terluang, saya akan balas komen2 anda semua ya.. yang ne baru mukadimah je.. sbb tak cukup tangan, sibuk :)
BalasPadamterima kasih pada yang sudi baca JAPH.. Bila ada masa terluang, saya akan balas komen2 anda semua ya.. yang ne baru mukadimah je.. sbb tak cukup tangan, sibuk :)
BalasPadammenyampahla ngan rafael ni dah la dia ceraikan nina masa mengandung sy rasa kalau rafael tak tau melina curang mesti dia tak layan nina kan nina jangan pilih rafael tau
BalasPadam