Diari Terindah Farisya Natasha

Diari Terindah Farisya Natasha

HARAP MAKLUM...

Segala yang tercatat di sini, hasil karya yang saya luahkan di sini merupakan HAK CIPTA saya sendiri, Farisya Natasha. Harap tidak akan ada isu COPY & PASTE. Saya amat mengharapkan kerjasama anda. Terima kasih.

WATAK-WATAK dalam BLOG ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya TIDAK ada kena-mengena dengan yang HIDUP ataupun yang MATI.

Manakala sebahagian GAMBAR juga diperolehi dari sumber GOOGLE.

RESTRICTED!

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

My Lovely Followers

14 December 2016

Novel Terbaru, Ekspo Buku Malaysia & Adaptasi Drama

Assalamualaikum

Dah lama tak jengah ke sini.

Sekadar ingin memaklumkan, novel terbaru dari saya sempena Ekspo Buku Malaysia ; Demi Cinta terbitan BesQ Publication


NOVEL TERBARU : DEMI CINTA


SPECIAL EDITION (Tidak ada di kedai-kedai buku. Dijual secara ONLINE dan untuk Ekspo Buku Malaysia sahaja)

HARGA : RM 28 SM | RM 31 SS

PEMBELIAN ONLINE : RM 33 SM | RM 36 SS
(TERMASUK POSTAGE)

"Berkawan tak semestinya bercinta dan bercinta tak semestinya berkahwin." Syad

Itu cara Luthfi Insyad cuba mendekati Zahra Zulfa. Tetapi semakin dia mendekati, semakin jauh wanita itu pergi. 

"You're not her cup of tea. It's like, you are the Proton to her Bentley." - Milia

Malah, Milia juga mengingatkan dia agar berputus asa saja dari mendekati wanita itu.

"Giving up is not on my list." - Syad

Insyad yakin, dia mampu mendekati wanita itu. Kerana baginya, Zahra juga tidak ada beza dari wanita-wanita yang pernah menjadi temannya. 

"Bear in mind, you takkan dapat tundukkan I." - Zahra

Egonya tercalar, maruahnya seakan tercabar. Mustahil dia tidak mampu mendekati wanita itu sedangkan dia pakar dalam hal-hal sebegitu.

Namun begitu, dalam mengejar Zahra, tak disangka hati terpaut sayang. Sehingga dia sanggup menawarkan wang ringgit demi meraih cinta dari wanita itu. Tetapi, mampukah cinta yang hanya berlandaskan wang ringgit itu kekal buat selamanya?

"Saya akan jaga Ara lebih baik dari nyawa saya sendiri." Syad

Janji dilafazkan walaupun hati masih berteka-teki.


**Stok Terhad**



~~~~




EKSPO BUKU MALAYSIA





Memandangkan ketika ini sudah bermula Ekspo Buku Malaysia, inilah novel-novel saya yang available di EBM.

Saya sertakan teaser-teaser untuk setiap novel ya.

Kalau berkenan, jangan lupa beli tau!

Discount hebat menanti anda di sana.



~~~



DEMI CINTA - Penerbitan Bes Q

**Special Edition - Kuantiti Terhad**



“Excuse me? I don’t remember giving you permission to touch my belonging.”

Suara itu tiba-tiba muncul. Tanpa dia sempat berbuat apa, sketchbook itu direntap kasar dari tangannya.

Dia terkejut dengan tindakan Zahra itu sehingga membuatkan dia terus berdiri. “Hey… Sketchbook tu tadi kat atas meja ni. I tak nampak pun nama you yang tertulis kat dalam tu. So, you can’t blame me, sweetheart.”

Zahra ketap bibir. Melihat Insyad selamba membalas kata-katanya membuatkan lagi hatinya semakin panas. “Nama you pun tak ada dalam ni. Maknanya sketchbook ni bukan kepunyaan you.”

“Ni bukan soal siapa punya, dear. Masalahnya, benda tu terhidang kat depan mata I. Ibarat kucing dihidangkan ikan; takkan biarkan ikan tu terhidang kat depan mata aje. Paling tidak pun kucing itu akan hidu.”

Zahra merengus. “I rasa you ni memang tak ada kerja agaknya.”

“Ada. Kat KL,” pintas Insyad dengan tawa yang menyakitkan hati.

Tergeleng-geleng kepala Zahra. Berdepan dengan Insyad seolah-olah dia berdepan dengan adiknya, Zuhairi. Dua-dua membuatkan hatinya panas berapi.

“I tak tahu apa sebenarnya yang you nak dari I. But one thing for sure…” Zahra mendekati Insyad.

“I don’t like you. So, stay away from me. Kalau nak jual minyak, bukan kat I. I’m not interested!”

Tak semena, bibir Insyad terukir senyuman. Beraninya seorang Zahra berkata begitu padanya.

“Minyak I keluaran exclusive, Ara. Limited edition. Menyesal kalau you tak beli.”

“Sick!” Zahra berpaling meninggalkan Insyad. Beredar dari situ adalah keputusan yang terbaik. Jika dia terus-terusan berbalas kata dengan Insyad, dia yakin, sampai kesudah lelaki itu takkan mengalah.



~~~



SHH... I LOVE YOU - Penerbit Karyaseni/Penulisan2u

**Bakal Adaptasi - Slot Akasia Tv3 2017**

FN : Alhamdulillah... Rezeki #SILY diadaptasi ke drama. Kepada yang belum memilikinya, bolehlah dapatkan Shh I Love You di EBM / Kedai buku / Website @ Aplikasi Karyaseni sebelum #SILY versi drama ditayangkan di kaca TV

😘

Teaser #SILY :



Unknown : Hi dear

“Siapa pula ni?” gumamnya. Tanpa sempat dia membalas, muncul lagi mesej dari ‘si dia’.



Unknown : How are you?

Eh, mengarut betul orang yang menghantar mesej ni. Ni confirm salah nombor. Pantas Nadia membalas.



Nadia : Wrong number and you got the wrong person

Setelah menekan butang ‘send’, Nadia meletakkan telefonnya di atas meja solek. Tudung dibuka dan diletakkan ke dalam bakul. Mata melirik jam di tangan, okey… ada masa lagi nak solat. Tuala dicapai lalu disangkutkan ke bahu.

Namun pergerakannya terhenti bila terdengar telefonnya berbunyi lagi. Dia mendengus geram. Ini tak lain tak bukan, mesti kerja lelaki yang nak main-main.



Unknown : No, I’m not. I got the right person. It’s you that I want

“Ewahh! Merapu pula mamat ni,” bebel Nadia. Dia ketap bibir. Jari pantas membalas mesej itu.



Nadia : Nonsense! I don’t know who you are

Unknown : But I know you

Panas hati Nadia dengan orang yang menghantar mesej itu. Kalau betul kau salah orang, puas hati aku. Merapu betul! Telefon diletakkan kembali. Malas nak layan lelaki mereng macam ni. Lebih baik dia mandi!

Siap mandi, telefonnya berbunyi lagi sehingga membuatkan dia mengepal tangannya.

“Ish! Kurang ajar betul mamat ni!”

Dengan kasar dia membuka mesej tersebut dan matanya bulat sebaik saja membaca kata-kata yang tertulis di situ.



Unknown : Nadia. It’s you, isn’t it?

“Siapa ni?” soalnya perlahan. Kalau salah orang, takkan lelaki itu meneka namanya dengan betul?



Nadia : Who are you? Do I know you?

Unknown : You don’t. But I do.



~~~



DIA... PELENGKAP HIDUPKU - Penerbitan Idea Kreatif

**Siapa ada novel ni, boleh claim EBOOK YSTO secara percuma dari saya**



 “Who’s that guy?” tanya Zayn pada Amanda sebaik saja laptop kembali diletakkan seperti tadi.

 Dahi Amanda berkerut. Guy? Siapa?

 “Guy? Siapa? Tak ada pun,” sejurus berkata begitu, mata Amanda melihat sekeliling. Herna juga turut sama memandang padanya. Mungkin hairan bila melihat Amanda seperti tercari-cari sesuatu.

 “He was staring at you. Dia dengan budak perem...”

 Belum sempat Zayn menghabiskan bicaranya, Amanda terpandang lelaki itu. Ya. Memang ada lelaki yang bersama dengan seorang budak perempuan. Duduk di sofa yang berhadapan dengan Amanda. Kenapa dia tidak sedar akan kewujudan lelaki itu tadi?

 “He was staring at you,” ujar Zayn lagi. Riak wajahnya mula berubah. Curiga dan cemburu mula mengusai diri.

 Not was. He’s staring at me right now, bisik hati Amanda kerana dia sedar, lelaki itu masih merenungnya. Untuk apa dan kenapa? Dia kurang pasti.

 “Orang local kat sini kut,” ujar Amanda mendatar.

 “I don’t think so. He looks like an Asian.”

 “He’s not. They talk in English.” Alasan Amanda. Malas hendak memanjangkan perkara itu lagi kerana dia yakin bahawa Zayn tak akan berpuas hati.

 “Awak balik bilik sekarang. Dah lewat ni. We should stop here. Jangan lupa, balik bilik terus,” arah Zayn dengan tegas.

 Skrin laptop kembali gelap. Zayn benar-benar mahu dia balik ke bilik dengan kadar yang segera. Sebelum Amanda ‘sign out’, Zayn sempat menitipkan pesanan buatnya.

ZaynAzfar : Don’t forget, go back to your room now!

 Amanda mengeluh. Hanya kerana lelaki yang tidak diketahui siapa orangnya, Zayn sudah mula membuat andaian.

 “Kenapa?” tanya Herna. Dia terdengar keluhan yang terbit di bibir Amanda.

 “Entahlah..,” jawab Amanda mendatar.

 “Sejak bila ada orang kat belakang you ni?” tanya Amanda sedikit berbisik. Risau jika orang yang berhadapan dengannya itu terdengar bicaranya. Memang betul tanggapan Zayn, lelaki yang di hadapannya itu memang kelihatan seperti orang timur.

 “Mereka duduk kat sebelah Raymond tadilah... I think mereka lebih awal dari kita. You mana nak sedar. Mata fokus kat skrin laptop aje. Hot daddy, huh?” usik Herna.

 Namun usikan itu tidak mengundang senyuman di bibir Amanda. Matanya kembali memandang lelaki itu yang ketika ini melayan kerenah budak perempuan yang kelihatan mengantuk. Berkali-kali juga budak kecil itu memisat-misat matanya.

 “Daddy... I want to sleep.” Rengek budak kecil itu.

 “Mommy’s studying, baby. We’ll go upstairs in a few minutes more. Alright?” Kedengaran suara si ayah memujuk si anak.

 Budak kecil yang dalam lingkungan empat ke lima tahun itu kelihatan akur. Lalu si ayah mengangkat anaknya untuk duduk di atas riba. Dengan manja budak kecil itu menyandarkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu seraya kedua-dua tangan merangkul leher si ayah. Amanda leka merenung keprihatinan seorang ayah melayan seorang anak dan tanpa sedar, lelaki itu kembali mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Amanda. Tepat.

 Dup! Jantung Amanda bagaikan dipalu bila sepasang mata yang redup itu memandangnya.



~~~



PERANGKAP DUA HATI - Penerbitan Lovenovel



“Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam Zulaikha. Masuk, masuk.” Ramah Tuan Haji Yusuf mempelawanya masuk. Mata Qisya Zulaikha melihat beberapa manusia yang ada di situ termasuk dengan Afiah yang merenungnya bagaikan orang yang tidak berpuas hati saja. Hanya seorang saja lelaki yang dia tidak tahu siapa, lelaki yang membelakanginya.

“Saya nak serahkan dokumen yang Encik Kamal minta tadi.”

“Oh iya, Zulaikha. Serahkan pada Encik Nuh. Dia adalah ketua pemasaran yang baru menggantikan Encik Sufi. Esok dia officially memegang title tu. Hari ni cuma nak explain saja dulu kerja-kerja dia.” Bagaikan tersentak, Qisya Zulaikha menelan liurnya. Dia ada mengenali seseorang yang bernama Nuh tapi mustahil lelaki itu. Tapi tidak lama kemudian, wajahnya berubah bila melihat sendiri lelaki yang dimaksudkan oleh Encik Kamal itu.

Lelaki itu berdiri seraya memandangnya dan mengambil dokumen yang dihulurkan oleh Qisya Zulaikha. Tiada ucapan yang diberikan cuma senyuman.

“Err... Kalau tak ada apa lagi... Saya keluar dulu la ya, Tuan Haji, Encik Kamal. Err... dan Encik Nuh.”

“Okey Zulaikha. Terima kasih ya,” ucap Encik Kamal. Tuan Haji Yusuf juga mengangguk, membenarkannya.

“Assalamualaikum.” Sebelum melangkah keluar, Qisya Zulaikha sempat memberikan salam. Rasa tidak cukup nafas jika dia berlama di situ.

“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak.


Sungguh dia memerlukan tempat untuk bernafas. Dia kenal dengan lelaki itu tapi disebabkan dengan apa yang telah terjadi padanya dulu, dia sudah tidak menyimpan apa-apa harapan. Mungkin juga lelaki itu tidak mengenali dirinya lagi. Dia bukan siapa-siapa yang boleh membuatkan lelaki itu terus ingat akan dirinya.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari Terindah Farisya Natasha Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template