Diari Terindah Farisya Natasha

Diari Terindah Farisya Natasha

HARAP MAKLUM...

Segala yang tercatat di sini, hasil karya yang saya luahkan di sini merupakan HAK CIPTA saya sendiri, Farisya Natasha. Harap tidak akan ada isu COPY & PASTE. Saya amat mengharapkan kerjasama anda. Terima kasih.

WATAK-WATAK dalam BLOG ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya TIDAK ada kena-mengena dengan yang HIDUP ataupun yang MATI.

Manakala sebahagian GAMBAR juga diperolehi dari sumber GOOGLE.

RESTRICTED!

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detector

My Lovely Followers

26 July 2016

Novel Terbaru : SHHH... I LOVE YOU

2 comments
Assalamualaikum

Inilah novel terbaru dari saya, SHHH... I LOVE YOU terbitan Penulisan2u. Jangan lupa dapatkannya ya 😊




Blurb :


NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? 

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan 

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya? 

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri. 

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan 

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?

28 June 2015

Soalan Baru Untuk YSTO

5 comments


JAWAPAN BOCOR!

Soalan semalam tntg nama account instagram syad @ usu dah TAK VALID lagi ye.

Siapa yg dah jwb dan pm/email saya (wlaupun saya belum bls) Saya terima jwpn anda. Tetapi utk yg baru nak menjawab.

Ada soalan baru!

~ Apakah tajuk novel yg dibca oleh Amanda ketika berada di Bondi Beach untuk kali yg ke-2 bersama Luth n Fea?


Tolong... Tolonglah... JANGAN jwb kat ruang komen/group atau tempat yg terbuka. Sila PM @ INBOX FB saya ATAU EMAIL saya : shiesya_69@hotmail.com


P/s : kepada yg pm dan email saya, saya akn balas satu persatu ya. Untuk pastikan yg jwpn anda betul. (Kesabaran anda amatlah saya hargai)

27 June 2015

You're Still The One (YSTO)

1 comments



♤ YSTO berbentuk EBOOK.

♤ YSTO ni merupakan gabungan SE Dia... Pelengkap Hidupku (DPH), SE Spanish Guitar (SG) dan SE Perangkap Dua Hati (PDH)

♤ Dibukakan sampai bila-bila.

♤ Tak dikenakan bayaran. PERCUMA. Dengan syarat, jwb soalan yg saya berikan.

 Dan soalan baru hari ini adalah : 

~ Apakah nama Account Instagram Syad @ Usu? (Soalan dari Novel Dia... Pelengkap Hidupku)

** JGN JWB DI RUANG KOMEN. SILA PM @ INBOX FACEBOOK SAYA @ EMAIL SAYA : shiesya_69@hotmail.com **

♤ Yg dah jwb, tak payah jwb lagi. Soalan ini untuk org yg baru nak mencuba.

♤ Kalau salah jwb, boleh cuba lagi.

♤ Tak jwb, mmg takkan dpt YSTO.

♤ Kalau anda dah baca Dia... Pelengkap Hidupku, pasti tahu jwpnnya ✌

14 February 2015

Dia... Pelengkap Hidupku : GIVEAWAY!

2 comments
Salam and hi!


GIVEAWAY : Dia... Pelengkap Hidupku (DPH)



Bermula dari 16 FEB 2015 dan akan berakhir pada 23 FEB 2015, pukul 12 AM.



Syarat-syarat yang diperlukan, senang aje :

1. Gambar KREATIF bersama DPH (Tak nampak muka pun tak apa. Jnji kreatif dan cantik )

2. Review anda mengenai DPH (Panjang atau pendek, tak kisah. Janji cukup rencah. Hehehe)


ITU SAHAJA.



GIVEAWAY ini hanya untuk sepuluh (10) pemenang. Dan pemenang akan dapat salah satu hadiah di bawah.



And ONE MORE THING...

Penyertaan anda hendaklah dihantar ke INBOX FACEBOOK saya (PM) Farisya Natasha ATAU email saya : shiesya_69@hotmail.com

BUKAN di wall atau di group saya ya...

Ok, itu aje.

THANK YOU


P/s : Hadiah yg biasa2 sja. Tapi datangnya dari hati yg kecik ini.

Love,
Farisya Natasha

17 January 2015

DIA... PELENGKAP HIDUPKU ~ NOVEL KELUARAN JANUARI 2015

4 comments
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Alhamdulillah...

Novel ke-3 saya : Dia... Pelengkap Hidupku  bakal menemui anda tak lama lagi. Sesiapa yg dulu tertanya2 bila DPH nak terbit, inilah masanya. Finally... DPH terbit jua. 8 bulan proses menulis cerita ini dan 4 bulan proses penilaian berserta dgn prufreading sekali. Dan Januari 2015 (pembuka tirai 2015, DPH terbit.)

Alhamdulillah...

DPH merupakan novel ke-2 saya bersama dengan Idea Kreatif Publication setelah Limited Edition : Yang Menyentuh Hati terbit di penghujung tahun 2014.

Di sini saya sertakan cover DPH bersama dgn sinopsisnya sekali ya.


KELUARAN BULAN JANUARI 2015

DIA... PELENGKAP HIDUPKU

Yang ni untuk sesiapa yg nak beli thru online ye -> ORDER TELAH DIBUKA. BAYARAN BOLEH DIBUAT SEKARANG.

RM23 (SEMENANJUNG)
RM26 (SABAH & SARAWAK)
HARGA SELEPAS DISKAUN. FREE POSTAGE.

Sinopsis:

"I nak you rasa bagaimana sakitnya bila suami you dirampas orang lain. - Dayana

“Aku tak akan biarkan kau hidup senang!” - Zayn

Luthfi Irsyad dan Amanda Qistina. Hubungan mereka tidak mudah. Lebih payah bila orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka kembali menagih peluang kedua. Peluang yang hanya akan merosakkan rumahtangga mereka

Tapi bagi Luthfi Irsyad, Dayana itu hanyalah sebuah kisah silam yang dia tak mahu ulangi lagi. Masa depannya ialah Amanda Qistina. Bagi Amanda juga, dia tak mungkin akan maafkan Zayn yang telah banyak menyiksanya. Bahagianya kini hanyalah bersama Luthfi Irsyad. Cumanya, kadang- kadang dia jadi hilang sabar dengan kerenah bekas isteri Luthfi.

“I cuma nak you tahu, sabar I ada hadnya. I takut kalau I tak dapat tanggung semua ni lagi.” - Amanda

“I boleh kehilangan Dayana... But not you. I can’t imagine the pain of losing you. I boleh lepaskan Dayana... But not you. Not you, Amanda!” – Luthfi


~~~~~~~

Siapa yg nak beli online, boleh hubungi kak Mazlinda Zainul Abidin.


Nak beli combo pun boleh. Nak beli satu2 pun boleh.

~~~~~~~~~

Akhir kata... Terima kasih saya ucapkan. Terima kasih kerana masih mengikuti karya2 saya.

08 December 2014

Akan Ada di PB1M Nanti : SPANISH GUITAR (YANG MENYENTUH HATI)

2 comments



LIMITED EDITION khas untuk PB1M

2 Cerita Dalam 1
*PENA KAYU - Buat Aku Tersenyum
*FARISYA NATASHA - Spanish Guitar

Harga : RM 27 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis :

SPANISH GUITAR : FARISYA NATASHA

“Mungkin saya tak sempurna seperti wanita di luar sana, tapi saya akan cuba memperbaiki diri saya, Azqa.” – Raudha

“Awak dah cukup sempurna untuk saya dan awaklah wanita yang selayaknya untuk saya. Saya tak nak orang lain.” – Azqa

Demi matlamat dan kehendak hati, Azqa sanggup menerima Raudha walaupun dia tahu kekurangan yang ada pada wanita itu. Namun semua itu memakan dirinya sendiri bila hati benar-benar mencintai wanita itu. Dan apabila segalanya terbongkar, semuanya sudah terlambat.

Pelbagai cara yang Azqa cuba lakukan demi menjernihkan keadaan. Tetapi berjayakah dia mendapat kemaafan dari wanita itu?

BUAT AKU TERSENYUM : PENA KAYU

“I tak suka you, Ain.” - Benjamin Fahmy

Kalau sudah begini, bagaimana lagi Ain mahu tersenyum? Kalau sudah begini, parah hidup Ain jadi isteri Benjamin Fahmy.

Dear Benjamin Fahmy, jangan bermain dengan frasa ‘tak suka’. Nanti menyesal sampai akhir dunia.

Note : Online hanya akan dibuka 15hb - 25 hb Disember 2014 bergantung pada stok. (siapa cepat dia dapat)

Harga yang tertera tidak termasuk kos postage untuk online.

12 November 2014

Bakal Terbit : Dia... Pelengkap Hidupku (DPH)

6 comments
Salam and hi!

Dah lama rasanya saya tak post kat sini ye...

Maaf... Terlalu fokus kat FB group... Lupa pula nak post ke sini.

Ok... Masih ingat dengan E-novel : Dia... Pelengkap Hidupku (DPH) ?


Kisah tentang :

Luthfi Irsyad - Luth.
Amanda Qistina - Amanda
Luthfea - Fea
Zayn Azfar - Zayn.
Dayana Mohammad - Dayana

InsyaAllah.... Cerita ini bakal terbit di bawah Idea Kreatif Publication (IKP).

Bila?

Nanti IKP akan bagitahu bila ya...

Sesiapa yg nak DPH terbit dulu tu... Here we go! Luth bakal terbit dlm versi cetak.

Untuk pembaca Enovel : Menawan Cintamu (MC) - kita bagi laluan utk DPH dulu ya... baru MC.

Siapa yg ada facebook tu... Bolehlah join masuk ke grup saya ya : Diari Terindah Farisya Natasha

Sbb dalam grup, saya dah up cerita baru : Spanish Guitar (Mini Novel) buat masa ni, teaser2 SG hnya akan dipost ke grup sja.


Manakala poster yg kat bawah ni pula... Cerita yg sudah siap, sedang dan akan ditulis (InsyaAllah... Saya hanya mampu merancang, DIA yg menentukan segala-galanya)



Dah siap tulis :
※Dia... Pelengkap Hidupku (Full Novel)
※Spanish Guitar (Mini Novel)
※Menawan Cintamu (Full Novel)

Sedang dan akan ditulis (InsyaAllah) :
※Tak Mungkin Berpaling (Full Novel)
※Miss Temujanji (Mini Novel)
※Cinta Orang Ketiga (Full Novel)
※Ucapkanlah Cinta (Cerpen)

Ok... Thats it! Harap berita tentang DPH mengembirakan anda sebagaimana saya gembira dgn perkhabaran itu.

Thank youuuuu!

21 June 2013

NOVEL PERANGKAP DUA HATI (COVER & BLURB)

9 comments
Salam semua... Saya kembali lagi bersama dengan cover dan blurb PDH... 


So amacam? Nampak sweet kan? hehe.. Alhamdulillah... Syukur. LNP akan buka order bermula pada Isnin depan. Kalau berminat, teruslah order di website mereka ya... Di sini saya sertakan juga blurb PDH. Enjoy!

Tajuk : Perangkap Dua Hati 
Penulis : Farisya Natasha 
Harga : RM22.00sm / RM25.00ss
Terbitan: Lovenovel

Sinopsis :

Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup. 

Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.

Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha.

“Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan.” - Qisya Zulaikha.

Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha. 

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita.” – Nuh Qays

Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?
 

Diari Terindah Farisya Natasha Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template